Saya ibu kejam?

Adakah saya ibu yang kejam kerana tidak beri susu badan kepada bayi 2 bulan saya? Saya sempat beri hanya sebulan sahaja. Sekarang susu saya dah tak ada. Saya stress dalam menyusu, suami tak support dalam urusakan baby & rumah. Orang sekekeling saya persoalkan saya tentang ini. Saya makin tertekan & kecewa serta benci akan diri sendiri. Saya sayang anak saya….

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kejap lagi ada lah tu yg reply “usia baby awak?” or “apa yg menyebabkan awak rasa susu badan awak tak cukup?” or “boleh share jadual penyusuan awak dulu?” Firstly, tak semua pernah berada dlm situasi mommy. Secondly, semua mommies pun akan buat yg terbaik & termampu utk anak. Mommy jgn risau. Kentalkan hati & abaikan. Bila anak membesar nanti orang akan continue “bercakap” juga hal lain2. Anak tumbuh gigi bila, boleh berjalan bila. Makan apa, exam dpt no berapa. So anggaplah ni permulaan utk mommy kentalkan hati. Mommy bagi fm, bukan bagi air milo ke kopi ke. Biasalah mulut org. Kadang yang anak dah 5 6 pun chill je tak bagi nasihat or teguran lebih2. Yg anak baru sorang dua ni over plak 😌

Baca lagi
11mo ago

thank u puan nuur for your kind word❤️. sy faham TT ni punya situasi. sy support apa yg TT buat. yg penting tt tak stress dan baby happy😊. sy pon pernah ada dlm situasi TT ni. awal2 kelahiran baby susu xkeluar. nipple crack. mak tak support journey penyusuan susu ibu. sebab baby asyik nangis. dia kuat susu. tp cuma nya baby sy reject susu FM. mcm 2 susu FM sy try. dr murah ke mahal. Mmg sgt stress. dgn burn out. sy juga pjj dgn husband. nak tak nak sy kena usaha adakan susu. walaupon masa tu xde sapa yg support sy. sgt sgt struggle.

cuba awk berbincang dngn suami kerja sama uruskan anak dan kerja rumah, kalau awk sepenuh masa jaga anak husband pula tolong buat kerja rumah, gilir gilir lah ya tpi kalau husband taknak tolong, biar je rumah bersepah tkyh masak bgi suami tu berpikir, awk bukan ibu kejam dh awk takde rezeki nak susukan anak takde mak yang taknak susu kan ank dia dngn susu bdn, semua mak nak yg terbaik untuk anak tpi awk takde rezeki nak susu bdn untuk anak, awk tetap ibu hebat untuk anak awak, pasal orang sekeliling tu cuba ignore je atau jauhkan diri daripada orang yg sebegitu , takpe sis enjoy je journey awk bersama baby awk tetap ibu yang hebat, ❤

Baca lagi

Allah.. skrg ni jgn peduli kata2 org sekeliling.. jgn fikir yg bukan2.. yg penting jg kesihatan diri dan baby.. tempoh setahun utk pulih sebenarnya badan ni.. bahaya kalau meroyan.. mcm urusan rmh tu buat yg mampu.. itu tanggungjawab suami tp kita ni ada ihsan sbb tu buat semua tu.. sy dulu pun stress tp sy mula buat apa yg sy mampu je dan tenang.. utk kesihatan sy dan jg ank2.. skrg sy tgh hamil ank yg ke 9.. dh byk sy lalui.. perkara2 yg lepas byk mengajar sy.. apa yg penting, sabar dan tenang.. apa org kata masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. yg baik kita amalkan dan yg negatif lupakan je

Baca lagi

keepedup dear❤️. Jangan down. bagi sy awak ibu yg hebat. sebab awak dh buat yg terbaik utk baby awak. tanya p la mana2 mommy dlm dunia ni siapa yg xnk buat yg terbaik utk baby dia. semua org nak. apa pon pilihan awak itu pasti yg terbaik😊. yg penting awak tak stress dan baby pon happy selalu. awak ignore je apa yg org lain ckp. sebab bukan dorang yg besar kan anak awak. if awak keep thinking dan simpan dlm hati. awak yg makin stress. awak enjoy je your journey sekarang ni. ingat apa yg awak bg tak menjadi kan awak LESS Mother. bg sy awak mommy yg hebat🌻

Baca lagi
11mo ago

Most welcome 😊

Sis okay la tu baby awak dapat rasa susu awk sebulan. Tu pun kira rezeki 🥹 ada orang ta kelua susu langsung and tepaksa bagi formula. Kite pun bagi formula dekat baby kite baru 2 bulan. Ta payah stress pun sis, keja rumah semua abaikan je. Kerja rumah boleh tunggu, anak kita? Time ni je la kite ada masa dgn dia lagi2 time dia baby. Anak saya jenis high demand lagi la jenis mengempeng ta boleh nak letak if dia na tido. Saya enjoy the journey. Susu badan ciput je nak pump susah sebab anak mengempeng kan. Hehe so tape je enjoy ur journey ❤️

Baca lagi
11mo ago

kan sebulan pun syukur...

TapFluencer

Tak lah, tak kejam pun. Awak OK. Susu puan tak ada, bagi je susu formula. Jika puan masih ada niat nak susukan anak hingga 2 tahun, sementara ni guna susu formula, dan belajar cara penyusuan susu ibu dgn betul dgn kaunselor penyusuan bertauliah. Follow med sos Owh Didiyana. Santai2 je perkongsian ilmu penyusuannya , dan tiada jual supplemen. Pasal suami tu, bincang elok2 dgn dia ya. Begitulah perubahan kehidupan, kena adat dgn cara yg betul. mudahan semua baik utk puan 💕

Baca lagi

bgi susu formula pun tkde mslh sis😊 yg penting ank sihat mmbsr, sya msa ank first sebulan je mnyusu, pastu sya bg fm sbb suami pun tk support mna pun, ikutkn susu bdn sya byk juga tp tkpndai nk mnyusukn , org sekeliling thu ckp " alah sumbat jelah , sng je bg susu bdn " tp tkthu je struggle nya sya nk sumbat nya tu😊 dg kjp bengkak susu..kjp tk , jd sya stress susu pun slow n last sy fm je, alhamdulillah ank dh 2y6m dh bsr dg baik😊 don't give ye mommy🫰🏻🫶🏻

Baca lagi

Jgn stress2 ya,ramai ibu senasib yg sama dgn awak...its ok awak,sy pon anak pertama xdpt nk susukan anak sampai usia 2 tahun,sampai 2 bulan susu dh kering..alhamdulillah baby dpt merasa jgk susu badan sy..bukan saja2 xmau bg anak susu badan,tp mmg dah xboleh..org lain tny2 dan pertikaikan jgk,ada bg cdgn suruh itu ini..dah mmg sampai takat tu..alhamdulillah skrg baby pon dh bsr,sihat,bijak 6 tahun..

Baca lagi

its ok awak.. sye pun mcm tu.. awal2 memg org akan pertikai npe x bg susu bdn.. nant lme2 dyorg diam la tu.. semua org ade struggle masg2.. klu awak bce dlm grup nie.. ade ibu2 yg susu kurg, ade yg nak bg baby susu botol tp baby reject, ade yg susah nk cerai susu.. Aggp je la nie jln yg tbaik utk awak n baby.. jgn stress2 just njoy ur journey.. pjalanan kte bbeza just njoy the ride..

Baca lagi

Nope, you tak kejam pun. Susu badan atau formula dua2 berkhasiat untuk baby. Saya dapat bagi susu badan dekat baby dalam 6 kali je. Tu pun pump bukan direct feeding. Bila orang sekeliling bertanya atau mula nak complain, saya terus tegas dan firm dengan jawapan saya. Jadi dekat sini awak juga kena tegas kalau ada yg persoalkan lagi.

Baca lagi