33 Balas

hi doc sy ingin btya ssu maaez blh ke mnum dlm mengandung sy gdm...

Boleh jelaskan apa itu "ssu maaez"?

VIP Member

asyik lapar je time pregnant ni. helpppp. dah ada gdm on ubat 😪

Anda boleh cuba makan lebih kerap dalam kuantiti kecil/terkawal, misalnya selain daripada 3 hidangan utama, anda boleh tambah snek antara waktu makan utama. Teruskan memantau berat badan and paras glukos darah anda.

Sy nk tanya susu yg sesuai utk ibu gdm on diet ap ye? Sy 26 weeks

susu biasa/ susu untuk ibu mengandung yang rendah GI, rendah lemak dan tiada gula tambahan

hai doktor..apa susu terbaik untk usia kandungan 4 minggu?

terima kasih doktor🥰

Super Mum

Hi, sy nak tanya.. Snek apakah yang ssuai untuk dimakan?

Terima kasih 😍

saya dikatakan masih tinggi gula walaupun ea nya cuma6.0

Kalau untuk bacaan gula berpuasa, bacaan yang disarankan adalah <5.3 mmol/L; 2 jam selepas makan adalah <6.7 mmol/L. BSP bergantung kepada pemakanan ibu sepanjang hari. Cadangkan anda berjumpa dengan pakar pemakanan/dietitian untuk memahami selanjutnya kerana keadaan setiap ibu GDM berbeza.

Hi, boleh ke kalau saya makan desserts kalau ada GDM?

Tidak digalakkan. Cuba elakkan makanan dan minuman manis/tinggi GI sebab ia akan mempengaruhi paras glukos darah anda.

Knp ibu hamil x disarankan mnum air seluruh??

Mase ank first bwk air slusuh g Spital... Doctor ad nmpk.. Kne mrh.. Dia ckp xelok mnum air ni... Huihui... Org tua suh mnum.. Kite mnum. Kite xdek pglmn.. Huhu

UNTUK IBU HB RENDAH, APA SARANAN YANG PALING UTAMA?

Diet yang sihat dan seimbang mengikut piramid makanan Malaysia 2020 atau Pinggan Sihat Malaysia (Suku-Suku Separuh), dengan kuantiti kalori yang sesuai. Pastikan pengambilan protein yang cukup, dan vitamin c dari buah buahan dan sayur-sayuran dapat membantu meningkatkan penyerapan zat besi juga.

macam mana nak kekalkan hb tak nak low

Diet yang sihat dan seimbang mengikut piramid makanan Malaysia 2020 atau Pinggan Sihat Malaysia (Suku-Suku Separuh), dengan kuantiti kalori yang sesuai. Pastikan pengambilan protein yang cukup, dan vitamin c dari buah buahan dan sayur-sayuran dapat membantu meningkatkan penyerapan iron juga.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan