Sesi Tanya Pakar bersama Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC)

'Adakah daripada tingkah laku, saya dapat menentukan anak saya menghidap Autism? Adakah semua Autism itu sama? Autism itu dapat dikesan melalui kandungan ke? Macam mana saya nak mengatasi atau melayani anak saya yang menghidap autism?' Tanya semua persoalan anda berkaitan dengan Autism secara terus bersama pakar kami iaitu Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC) pada hari Khamis, 22 April 2021, jam 12 tengah hari. *NOTA : Segala persoalan di luar daripada topik dan masa yang diberikan akan tidak dilayan atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC)
37 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

apakah tips untuk ibu ayah baru untuk menerima kekurangan yang ada pada anak autisme

5y ago

1. Ibu bapa harus menerima/accept diagnosis terlebih dahulu 2. Jangan lewatkan intervensi. Start intervensi seawal mungkin untuk results terbaik untuk anak anda 3. Pastikan ibu bapa menerima intervensi yang ada bukti dan research. Terdapat banyak individu yang mengambil kesempatan terhadap ibu bapa yang tidak membuat research. Untuk masa sekarang, tidak terdapat apa apa ubat penawar autism. Intervensi yang paling berkesan adalah ABA (applied behavior analysis).