Sesi Tanya Pakar dibawakan oleh Ddoddomam bersama Dietitian Jowynna Yeo, ABC Children Specialist Clinic, Pengasas Vease Nutrition

'Adakah anak anda perlu makan snek? Snek mana satukah yang selamat dan sesuai dengan usianya?' Tanya soalan tentang pemakanan sihat dan nutrisi yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan anak anda pada hari Rabu, 15 September, jam 8 malam ini bersama Dietitian Jowynna Yeo, ABC Children Specialist Clinic, Pengasas Vease Nutrition. Sesi Tanya Pakar kali ini dibawakan oleh Ddoddomam. *NOTA : LIKE & IKUT POST ini sebagai rujukan masa hadapan.

Sesi Tanya Pakar dibawakan oleh Ddoddomam bersama Dietitian Jowynna Yeo, ABC Children Specialist Clinic, Pengasas Vease Nutrition
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

anak sya makan tpi sikit je ltk nasi segenggam tgn pon x habis dya mkn sikit je normal ka?

4y ago

kuantiti yg anak anak makan bergantung pada masa antara waktu makan, umur dan perkembangannya. jika anak anda berumur 1 tahun, ia adalah biasa bagi kanak-kanak berumur 1 tahun untuk makan lebih sedikit kerana kadar pertumbuhan dan selera makan mereka menurun selepas hari jari pertama. yakinlah, kanak-kanak secara amnya dapat mengatur pengambilan makanan mereka sendiri. dia mungkin sudah makan kuantiti makanan yang diperlukan oleh badannya. untuk memastikan dia berkembang dengan baik, kami mencadangkan ibubapa untuk mengukur berat badannya setiap bulan dan plot dalam growth chart, atau anda boleh meminta doktor / jururawat anda untuk membantu plot dalam growth chart, dan doktor anda boleh memantau dan mengenal pasti jika ada keperluan untuk dietitian consultation :)