Sesi Tanya Pakar dibawakan oleh Ddoddomam bersama Dietitian Jowynna Yeo, ABC Children Specialist Clinic, Pengasas Vease Nutrition

'Adakah anak anda perlu makan snek? Snek mana satukah yang selamat dan sesuai dengan usianya?' Tanya soalan tentang pemakanan sihat dan nutrisi yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan anak anda pada hari Rabu, 15 September, jam 8 malam ini bersama Dietitian Jowynna Yeo, ABC Children Specialist Clinic, Pengasas Vease Nutrition. Sesi Tanya Pakar kali ini dibawakan oleh Ddoddomam. *NOTA : LIKE & IKUT POST ini sebagai rujukan masa hadapan.

Sesi Tanya Pakar dibawakan oleh Ddoddomam bersama Dietitian Jowynna Yeo, ABC Children Specialist Clinic, Pengasas Vease Nutrition
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi, bila umur yang sesuai untuk saya introduce gula, garam dan perasa kepada anak saya?

4y ago

Hello! Terima kasih atas pertanyaan anda. Untuk gula, garam dan perasa, lebih baik jika kita hanya introduce selepas umur 2 tahun. Makanan anak-anak, walaupun selepas berumur 2 tahun, tidak sepatutnya mengandungi terlalu banyak garam, perasa ataupun gula juga. Kami menggalakkan ibubapa cuba menyediakan makanan anak-anak dengan perasa semula jadi seperti herba, rempah-rempah dan juga buah-buahan, untuk kemanisan semula jadi. Kita ada banyak pilihan rempah semula jadi di Malaysia dan tidak perlu bergantung kepada garam, perasa atau gula untuk makanan yang sedap ;)