Siapa kat sini pengalaman kena induce ? Please kongsi .

Ada tak kt sini pengalaman kena induce bersalin.. Bg pengalaman ibu ii kat sini macam mana ya sakit kena induce..? Mcm kontraction rasa mcm mana? N berapa lama ya bru berkesan ?

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya induce..bukan masuk belon. Tapi paksa bersalin normal. Tunggu punya tunggu bukaan cuma 1cm tapi dah keluar darah. Dr terpaksa lakukan emergency czer sbab kemungkinan kalau tunggu bukaan , baby akan lemas. Contraction memang rasa lagi kuat lpas induce tapi banyakkan istigfar n husnuzon, In Sha Allah everything okay. Emosi ibu time ni memang main peranan penting.

Baca lagi

saya kena induce masa minggu ke-27 untuk paksa bersalin. sakit memang sakit masa contraction tu tapi kena banyakkan selawat dan istigfar. bernafas dengan betul dapat mengurangkan kesakitan/penat daripada menjerit. dan alhamdulillah selepas 12jam menahan sakit dengan satu kali induce saya selamat melahirkan anak.

Baca lagi

saya pnya proses byk juga. tp waktu induce drip. asik keluar masuk toilet je. nasib toilet kt sblah katil. fuhh! sakit contraction terus mnta ubat tahan sakit. legaa la kejap... lama juga bukaan tu. last2 emergency ceaser sb tali pusat baby kt leher dah. phew!

saya bersalin induce ubat..6pagi masuk ubat 6.30 dah keluar darah..pukul 10 layan contraction pukul 11 air ketuban pecah and dah 3cm terus masuk lr..tapi beranak 8.49mlm sbb bukaan slow anak first

Sy masuk ubat 2x..pukul 10 mlm dgn 6pg..xde contraction pun..jln x bkk jgk..kol 2pm lps ubat ke2 baru ade contraction sikit..250pm trus bkk 10cm n zasss beranak.. 😅

saya induce ubat. 7am masuk ubat, 12 lebih kuar darah. layan2 contraction bukaan 3cm. stndby masuk lr. 5 lebih tolak lr, 7 suku keluar seketul baby girl

Sy induce masuk belon tu. Awalnya jalan 1cm lepas belon jatuh jalan 3cm je bukak.

TapFluencer

Hai Afiyqah? Macamana awak sekarang? Maaf baru perasan post ni.

dh bersalin? sy bersalin induce ubat