Bersalin Normal Atau Cezer

Ada tak kat sini yg bakal bersalin pada bulan oktober 2020 nti? Sama dgn sy ya, dan ini merupakan anak sy yg pertama. Just nak share perasaan sy skrg neves sgt terasa masa cpt sgt berlalu. Sy byk membaca dan bertanya org yg berpengalaman yg sakit contraction ni sangat sangit sakit. Huhu. Smpi kazen sy yg suda beranak 4 pun ada mengatakan jikalau bole memilih antara bersalin normal or cezer, dia pilih cezer huhu. Takut sgt bila fikir sbb byk pula galakkan bersalin secara normal sekiranya tidak mempunyai sebarang masalah. Doakan sy ya, takda pengalaman melahirkan lg so perasaan skrg bercampur baur sgt. Nak2 lg skrg PJJ ngan suami yg tgh outstation. 😔

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya anak dua2 bersalin normal. Sebelum ni saya biasa tengok ibu2 sakit kontraksi ada yg sampai berhari2. Ada juga antara ibu2 tu yg czer sebab tak boleh bersalin normal. Tp saya memang tak pernah terfikir nak bersalin czer sebab sakitnya suntikan dekat tulang belakang dan perut dibelah. Rasa sakit selepas melahirkan melebihi sakitnya bersalin normal. Jika ibu boleh bersalin secara normal itu anugerah yg paling berharga. Tidak pula saya memperkecilkan nasib ibu yg bersalin czer sebab memang dah nasib ibu begitu. Tp kalau boleh saya nasihatkan sis berharaplah boleh bersalin normal. Sakit kontraksi memang sakit yg tiada bandingnya. Sakit dijahit apatah lg kn. Tp sakitnya sekejap ambil masa seminggu dua berbanding czer yg makan masa berbulan bahkan bertahun masih terasa sakitnya. Saya sakit lepas bersalin dlm seminggu saja. Dlm 2-3 minggu jahitan sembuh. Yg penting rajin jaga kebersihan perineum. Nak bergerak pun tak sakit sangat. Kalau czer memang payah sangat la nak bergerak. Nak bawa anak cek kuning lg. Saya doakan mudah2an sis bersalin normal. Sakitnya akan hilang bila baby dah keluar. Masa mengandung ni rajin2 exercise.

Baca lagi