Depression

Ada tak ibu2 sini yg pernah mrngalami depression selepas keguguran? Saya sentiasa salahkan diri dan marah dengan semua orang😭😭

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

awak boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g Patient saya yang baru hamil tanya saya, kenapa untuk kehamilan yang sebelum ini dia gugur pada 8 minggu kehamilan? Dia kata masa tu Hari Raya, dan dia pergi berjalan-jalan open house beberapa rumah, selepas tu gugur. Adakah sebab banyak berjalan, sebab tu gugur? Jawapan saya: 1) Pertama: Bab keguguran di peringkat awal kehamilan, jangan salahkan diri sendiri. Bab keguguran pada 3 bulan pertama kehamilan, kebanyakan keguguran ialah sebab masalah baka dalam telur itu yang tak sempurna dan tak boleh membentuk menjadi janin, maka ia jatuh dan gugur. Pada 12 minggu pertama kehamilan, lebih kurang 20% kehamilan akan gugur. Maknanya setiap 100 wanita yang hamil, 20 orang akan gugur. Kalau bedrest pun, jika tak boleh jadi janin, maka akan gugur juga dan tak boleh dielakkan. Bed rest tidak pernah terbukti berkesan untuk mencegah keguguran. Saya beri Satu analogi. Lihat pokok mangga yang sedang berbuah dalam gambar pertama. Ada putik-putik yang jadi buah dan ada yang tak jadi maka ia gugur. Padahal, pokok mangga tu dapat baja, air, cahaya matahari, suasana alam dan iklim yang sama saja. Sama juga seperti badan manusia yang tidak dijadikan sempurna. Setiap bayi perempuan dilahirkan dengan lebih kurang dua juta telur ovum di dalam ovari, dan tak akan buat telur yang baru. Ada yang akan jadi janin, ada yang gugur. Bila semakin tua, semakin banyak telur yang rosak akibat penuaan sehinggalah menopos, maka semakin tua, semakin tinggi risiko keguguran. 2) Kedua: Bersenam semasa hamil yang low impact dan intensiti sederhana (moderate intensity) digalakkan untuk kebanyakan patients saya yang tiada masalah perubatan sebab ia terbukti meningkatkan kesihatan ibu dan tidak menyebabkan keguguran. Sila lihat gambar kedua. Manakala berjalan-jalan ke beberapa rumah untuk open house tu bukan pun dianggap sebagai bersenam. Berjalan pergi open house itu hanya suatu kegiatan fizikal intensiti rendah dan senang sangat nak buat, iaitu ini bukan pun aktiviti yang dianggap sebagai aktivity fizikal yang lasak untuk orang-orang biasa. 3) Ketiga: Jika benarlah berjalan-jalan ke beberapa rumah untuk open house pada Hari Raya itu penyebab keguguran, maka kita patut lihat kadar keguguran yang lebih tinggi pada Hari Raya dalam masyarakat kita setiap tahun, tetapi hakikatnya ini tidak pernah pun dilapurkan dan kadar keguguran adalah sama saja pada Hari Raya atau hari-hari biasa. Tidak ada pun doktor-doktor pakar gynae yang melarang ibu hamil berjalan-jalan Hari Raya. Kesimpulannya: Keguguran pada 3 bulan pertama kehamilan atau 12 minggu pertama kehamilan boleh berlaku kepada sesiapa saja walaupun anda wanita yang sihat dan tiada masalah kesuburan. Sebab itulah klinik-klinik tidak pun menasihatkan anda datang buka buku kehamilan sejurus selepas anda dapat tahu anda hamil. Sekiranya anda tiada masalah perubatan, anda boleh tunggu sehingga 12 minggu untuk buka buku kehamilan. Bila dah sampai 12 minggu baru pembentukan embryo itu sudah lengkap dan sudah menjadi janin. Maka selepas 12 minggu kehamilan, risiko keguguran sangatlah rendah, hanyalah 2% kehamilan. Kalau tak jadi, jangan salahkan diri sendiri. Jangan cari sebab dan fikir-fikir apa yang anda buat pada hari itu untuk menyebabkan keguguran dan jangan dengar kata makcik bawang yang menyebarkan auta membuat fitnah rahim kotor atau rahim tak kuat. Di dalam kebanyakan kes-kes keguguran, rahim tak bersalah (Pengecualiannya ialah jika suami anda ialah Encik Rahim yang merokok. Suami-suami berhenti merokok naaaaa. Ini boleh merosakkan sperma anda dan boleh menyebabkan isteri anda gugur). Dengan ilmu pengetahuan ini Alhamdullillah ramai patients saya yang pernah gugur pada awal kehamilan ada semangat positif untuk cuba hamil semula, lebih tenang menempuhi kehamilan yang baru dengan lebih keyakinan tentang diri sendiri. Insyallah kebanyakan wanita yang pernah gugur tiada masalah mendapat zuriat yang sihat. It is not your fault. Akhir sekali, saya nak beri peringatan di laman saya ada banyak ilmu pengetahuan am untuk pembacaan anda. Percuma saja. Tetapi saya harap anda semua hargai dan hormat pesanan saya yang ini: Di sini tiada medical consultation dan jangan minta pendapat perubatan di media sosial. Hargailah kesihatan anda. Apa-apa masalah kesihatan, sila jumpa doktor anda di klinik, sebab itulah yang terbaik untuk anda. Ikhlas dari Dr Imelda Balchin Pakar Maternal & Fetal Medicine

Baca lagi