Depression

Ada tak ibu2 sini yg pernah mrngalami depression selepas keguguran? Saya sentiasa salahkan diri dan marah dengan semua orang😭😭

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

awak boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g Patient saya yang baru hamil tanya saya, kenapa untuk kehamilan yang sebelum ini dia gugur pada 8 minggu kehamilan? Dia kata masa tu Hari Raya, dan dia pergi berjalan-jalan open house beberapa rumah, selepas tu gugur. Adakah sebab banyak berjalan, sebab tu gugur? Jawapan saya: 1) Pertama: Bab keguguran di peringkat awal kehamilan, jangan salahkan diri sendiri. Bab keguguran pada 3 bulan pertama kehamilan, kebanyakan keguguran ialah sebab masalah baka dalam telur itu yang tak sempurna dan tak boleh membentuk menjadi janin, maka ia jatuh dan gugur. Pada 12 minggu pertama kehamilan, lebih kurang 20% kehamilan akan gugur. Maknanya setiap 100 wanita yang hamil, 20 orang akan gugur. Kalau bedrest pun, jika tak boleh jadi janin, maka akan gugur juga dan tak boleh dielakkan. Bed rest tidak pernah terbukti berkesan untuk mencegah keguguran. Saya beri Satu analogi. Lihat pokok mangga yang sedang berbuah dalam gambar pertama. Ada putik-putik yang jadi buah dan ada yang tak jadi maka ia gugur. Padahal, pokok mangga tu dapat baja, air, cahaya matahari, suasana alam dan iklim yang sama saja. Sama juga seperti badan manusia yang tidak dijadikan sempurna. Setiap bayi perempuan dilahirkan dengan lebih kurang dua juta telur ovum di dalam ovari, dan tak akan buat telur yang baru. Ada yang akan jadi janin, ada yang gugur. Bila semakin tua, semakin banyak telur yang rosak akibat penuaan sehinggalah menopos, maka semakin tua, semakin tinggi risiko keguguran. 2) Kedua: Bersenam semasa hamil yang low impact dan intensiti sederhana (moderate intensity) digalakkan untuk kebanyakan patients saya yang tiada masalah perubatan sebab ia terbukti meningkatkan kesihatan ibu dan tidak menyebabkan keguguran. Sila lihat gambar kedua. Manakala berjalan-jalan ke beberapa rumah untuk open house tu bukan pun dianggap sebagai bersenam. Berjalan pergi open house itu hanya suatu kegiatan fizikal intensiti rendah dan senang sangat nak buat, iaitu ini bukan pun aktiviti yang dianggap sebagai aktivity fizikal yang lasak untuk orang-orang biasa. 3) Ketiga: Jika benarlah berjalan-jalan ke beberapa rumah untuk open house pada Hari Raya itu penyebab keguguran, maka kita patut lihat kadar keguguran yang lebih tinggi pada Hari Raya dalam masyarakat kita setiap tahun, tetapi hakikatnya ini tidak pernah pun dilapurkan dan kadar keguguran adalah sama saja pada Hari Raya atau hari-hari biasa. Tidak ada pun doktor-doktor pakar gynae yang melarang ibu hamil berjalan-jalan Hari Raya. Kesimpulannya: Keguguran pada 3 bulan pertama kehamilan atau 12 minggu pertama kehamilan boleh berlaku kepada sesiapa saja walaupun anda wanita yang sihat dan tiada masalah kesuburan. Sebab itulah klinik-klinik tidak pun menasihatkan anda datang buka buku kehamilan sejurus selepas anda dapat tahu anda hamil. Sekiranya anda tiada masalah perubatan, anda boleh tunggu sehingga 12 minggu untuk buka buku kehamilan. Bila dah sampai 12 minggu baru pembentukan embryo itu sudah lengkap dan sudah menjadi janin. Maka selepas 12 minggu kehamilan, risiko keguguran sangatlah rendah, hanyalah 2% kehamilan. Kalau tak jadi, jangan salahkan diri sendiri. Jangan cari sebab dan fikir-fikir apa yang anda buat pada hari itu untuk menyebabkan keguguran dan jangan dengar kata makcik bawang yang menyebarkan auta membuat fitnah rahim kotor atau rahim tak kuat. Di dalam kebanyakan kes-kes keguguran, rahim tak bersalah (Pengecualiannya ialah jika suami anda ialah Encik Rahim yang merokok. Suami-suami berhenti merokok naaaaa. Ini boleh merosakkan sperma anda dan boleh menyebabkan isteri anda gugur). Dengan ilmu pengetahuan ini Alhamdullillah ramai patients saya yang pernah gugur pada awal kehamilan ada semangat positif untuk cuba hamil semula, lebih tenang menempuhi kehamilan yang baru dengan lebih keyakinan tentang diri sendiri. Insyallah kebanyakan wanita yang pernah gugur tiada masalah mendapat zuriat yang sihat. It is not your fault. Akhir sekali, saya nak beri peringatan di laman saya ada banyak ilmu pengetahuan am untuk pembacaan anda. Percuma saja. Tetapi saya harap anda semua hargai dan hormat pesanan saya yang ini: Di sini tiada medical consultation dan jangan minta pendapat perubatan di media sosial. Hargailah kesihatan anda. Apa-apa masalah kesihatan, sila jumpa doktor anda di klinik, sebab itulah yang terbaik untuk anda. Ikhlas dari Dr Imelda Balchin Pakar Maternal & Fetal Medicine

Baca lagi

perasaan normal lepas kita kehilangan terutamanya bila mmg ada mulut² asyik mempersoalkan perihal gugur tu. Awk jangan pernah rasa keseorangan ye. Sy sendiri pernah sampai tahap baling barang pada suami & lari rumah lepas keguguran. Take your time to heal, mmg akan mkn masa & tidak akan kembali pulih sepenuhnya sbb akan sentiasa teringat² terutamanya jika kandungan pertama. Kalau suami supportive boleh slow talk dgn dia, healing sama² pergi holiday, buat apa yg awk berdua suka ke atau sekadar berdua dirumah tanpa gangguan org lain. Bila kita dlm keadaan depress, kadang kita lupa bukan kita je yg kehilangan tapi suami pun sama. Suami isteri kena heal & ada utk satu sama lain. Perasaan hilang ni, hanya suami isteri yg betul² faham bukan keluarga kita atau mertua. Kalau ada barang² lama yg mengingatkan kita pada kandungan yg gugur tu, awk boleh simpan dlm kotak kalau tak sampai hati nak buang. Simpan jauh². Kita takkan pernah lupa cuma kita perlu utk heal. Sy selalu tanamkan dlm hati, Allah swt ambil sbb Dia syg. Saat org lain gembira anak lahir membesar didunia, anak kita membesar diakhirat. Mmg kena cuba belajar utk lihat semua dlm perspektif yg +ve & secara Islam. Tapi masih tak apa kalau kadang kita menangis sbb rindu, tapi biarlah sekadar cukup menangis rindu & berdoa kita akan berjumpa semula diakhirat. Kita akan rasa tenang walaupun masih sedih. Biar sedih kita masih redha dari sedih kita meratap & mula mempersoal qada & qadar ilahi.

Baca lagi

Sy pun baru kgguran tiga hari lepas... Ank prtma mninggal dlm kndungan , ank kdua pulak kguguran d awal k'hamilan.. first mmg akn salahkn diri .. tp ingat sis ,, awk prlu kuat.. skrg awk kena pulihkan diri awk ,, .. brpntang dngn baik .. jga badan , jga rahim awk.. ntuk khamilan akn dtg.. jauhii org yg buat awk rasa down.. jgn dngr ckp org ... sllu bfikiran positif.. please jg diri awk.. stop slhkn diri awk.. ingat ,, ank awk tuu ank syurga ... awk x brdosa pun atas khilgn tuu.. allah sbaik² prncang sis ,,... Tak salah nk mnngis , tak salah pun klau awk nk rindu .. sy pun mcm tuu.. tp awk kna kuat bangkit... jgn down .. Klau awk down , asyik nk brsdih , org lg la nk ambik ksmptan n mngata awk mcm².. awk kena kuat ok ... Sma² kita brjuang ntuk dapatkan zuriat... nk ada zuriat ne bukan 1 perlumbaan , allah akn bg bila kita btul² dh sdia n allah akn bg dwaktu yg tepat... smoga sis cpt sihat ,, dn cpt dbrikan lg zuriat lpas ne.. Aamiin 🤲🏻 kuat ok ♥️

Baca lagi

saya pernah, depression teruk lepas kehilangan anak syurga.. hari² menangis dan salahkan diri.. Sampai satu tahap tu meraung2 mcm org gila..saya depress sama sebab orang judge kandungan gugur sy mcm², bila keluar org asyik tanya bila pula nak lekat, so stress sgt.. Tapi di satu tahap, Suami dn fmly banyak bg moral support.. Suami pla bawa g release tension, bawa pergi bercuti , xpernah ungkit bab anak.. Slalu ckp anak yg gugur tu peneman disyurga nt.. Alhamdulillah , Lepas sy buang perasaan overthinking, sy positifkan diri, Sy solat dn berdoa pda Allah.. Sy betulkan emosi akhirnya saya disahkan semula hamil selepas 9bulan keguguran.. Dh skg menunggu hari melahirkan.. Jadi sis, Jgn slhkan diri atas keguguran, busykan diri, jgn terlalu berfikir, Berdoa dan usaha..Tawakal paling utama.. Emosi dan perasaan yg xstabil boleh pengaruhi hormon sis jgak..kuat ya sis

Baca lagi

Daripada salah kan diri sendiri, cuba cari punca apa menyebabkan keguguran itu sendiri berlaku di awal kehamilan? Ilmu kena banyak ya sebelum plan nak mengandung. Bukan saja2 mengandung lepas tu beranak. Its a long process. Keguguran di awal kehamilan bukanlah punca dari si ibu, tapi faktor janin yang tidak sihat/masalah genetic. Bersyukurlah janin tu gugur awal, daripada kita carry sampai 9 bulan, tapi cacat. Untuk next pregnancy, kalau mengandung lagi, sila segera jumpa doctor dan bagitahu sejarah kehamilan awak. Sementara nak tunggu pregnant, kurangkan stress, makan makanan sihat, elak merokok, kalau suami merokok boleh suruh dia stop. Itu pun salah satu faktor boleh buat kecacatan genetik & jgn lupa makan folic acid 3 bulan sebelum pregnant. Salam takziah buat awak, dan good luck untuk next baby ya.jgn lupa gali ilmu tentang pregnancy.

Baca lagi
2y ago

setuju cakap puan ni

saya 1st mom...ggur bulan 11 2021 msa 1st trimester(twin).....xsalahkan diri sendiri...sebab tahu percaturan Allah tu lebih hebat dari kita planning...cuma rasa kecewa sikit ja masa tu sbb kwn² lain kawin lewat dari saya tapi dorang dah ada isi..... sya cari punca sya gugur(blighted ovum/kecacatan pada kromosom samada saya/suami-see ada hikmah kenapa kandungan tak jadi) dan saya cari jalan penyelesaian(dua² makan asid folic dan pantang bersama 100hari(pantang bersama tu ikut suka ja).. Alhamdulillah hasil usaha,doa dan tawakal kami laki bini...bulan 3 2022,sya prgnant semula... in shaa Allah yg mana pernah alami kehilangan...ada rezeki yg akan datang termasuk para TTcian....

Baca lagi

mengadu pd Allah lebih baik.semua ats perancangan Dia.klau sis rase ade yg lyak disalahkan,sis sbnrnye mempersoalkn takdir Allah.jgn pernah bsangka buruk pd Allah krn Dia lbih tau ape yg tbaik tuk hambaNya. sy x pnh ade dlm situasi sis,tp tu bkn alsan tuk slhkn diri sndri @ org lain.setiap yg pnh keguguran pasti akn sedih.cuma cara setiap org atasi kesedihan berbeza.jgn kite jd hambaNya yg x bersyukur. be positive,ikhlaskan.nnti Allah gantikan ank lain pd sis.ank yg ‘pergi’ tu mgkin saham sis kt akhirat nnti yg akn tgu sis disana.

Baca lagi
VIP Member

Saya pernah. Sampai satu masa saya tak nak jalan pun kat tempat jual baju baby atau barang baby mcm bila pergi parkson ke aeon. Hati saya rasa hancur sgt. I take my own time to recover, redha dgn apa yang jadi. Teringat yang sebelum kita lahir, Allah dah tanya kita banyak kali betul ke nak lahir kat dunia ni selepas tunjuk kita life di bumi ni. Kalau kita agree baru kita turun, tp kalau tak saya ambil mungkin dia nampak sesuatu yang tak baik untuk dia turun ke bumi ni untuk kita. Percaya yang baik baik shj.

Baca lagi

Saya dulu un macam awak .. tp jngn smpai meroyan bhyaa .. soal anak ni semua atas kuasa allah .. semua atas rezekinyaa .. siapakah kita untuk menolak dari tkdir .. sabar bnyak2 , bnyakkan berdoa .. saya dua kli kehilangan dan skrg saya preg lgi tinggal tunggu masa je .. percya laa ad hikmahh apa yg jadi .. jngn salah kn diri sndri tk elok .. percya ngn rezeki allah insha allah allah akan gnti yg lebih baik .. semoga awak menjadi sorng yg kuat dan tabah .. jngn sedih2 sbb saya un pernh duduk dalam situasi awak ..

Baca lagi

sy pun pernah alami. sy faham. cara sy hilangkan perasaan tu 1) sy jauhi org2 yg negatif 2) sy berubat dgn ustad 3) sy berubat dgn doktor 4) sy berurut 6) sy bersenam n jaga mkn 7) sy berdoa bnyk2. 8) sy merancang ttc 9) sy bercuti. 10) sy positifkan minda. belajar ikhlaskan biarpun sakit lepas keguguran tu sy berusaha utk ttc. syukur lps buat semua yg sy listkan sy prgnant balik. skrng ank dah umur setahun lebih. sy doakan sis dimurahkan rezeki zuriat.aamiin.

Baca lagi
2y ago

Saya pun buat mcmni lepas keguguran 2x.. Alhamdulillah lepas lapan tahun, dapat anak ke 2