29 Balas

Pill perancang tak sllu selamat.. Setiap pill ada side effect dia dgn bdan kita.. Cth, ada 1pill tu dia akn buat org gemuk.. adaaaa... Cth, pill lain lg buat org period tak teratur.. senang pkai implanon.. Awk czer atau normal? Klu czer skg and plan nak melahirkan normal lepas 2-3tahun boleh pkai implanon.. klu takmau pkai implanon.. Pkai la condom.. Elak ambik pill.. klu mbik pill mcm2 ble jd.. boleh jd lepasni takda rezeki lama.. Ada org mcmtu..

Bersalin normal ank kedua.

Rancang sendiri. Kira waktu subur. Tapi anak kedua ni lekat pula walaupun dah kira ikut jadual sepatutnya dah habis waktu subur. Lepas scan, due date pun beza 2 minggu dari kiraan last period. Jadi mungkin waktu tu ada perubahan tarikh ovulation dan perubahan kitaran haid. Nasib baik la anak pertama dan kedua ni dah jarak 3 tahun 😅 Next insyaAllah nak guna iud macam ibu sy.

Sebelum ni tiga2 anak seme plan sndiri.berjaya.. Skg Ni tgh pregnant anak ke-4, unexpected. Doctor bgtau lps ni dh xbole plan sndiri sbb makin umo meningkat, hormon makin xkonsisten. Better ambik apa2 utk rancang kehamilan.. So, skg tgh mencari apa yg plg bagus dan xde side effect.

Rancang sendiri2 xboleh ikut org. So kalau x yakin n terlalu subur xyah la rancang sendiri2. Setiap badan org lain2. Sy pn xberani rancang sendiri2 walaupun ada kerjasama dgn pasangan. Nak selamat amik la perancang. Skrg mkn pil. Next nk tukar depo pulak.

Sy pun nk amik depo pas ni. Sbb bby pn dh 6bulan.

VIP Member

Saya dulu mkn pil perancang selama 5 tahun. Sekang saya pegnen, dan masa scan doktor kata ada cyst tapi saya xtaula ada kaitan atau tidak dgn pil yg saya dh mkn bertahun2 tu. Doktor suggest lepas bersalin tukar amek iucd sbb saya dh mkn pil terlalu lama.

Saya beli pil tu kt farmasi so nurse xtau saya mkn ubat smpai 5 tahun. Kalu ikutkan mmg xdigalakkan mkn pil perancang lama2. Nak sedapkan hati, doktor kata ibu2 pregnant ni normal dan ramai je yg kena cyst. Cuma lepas ni mmg xkan ambil pil perancang dah. Sbb ada kes area tmpt tinggal ni mkn perancang berbelas tahun smpai kena buang peranakan. Takuttt.

Sy cucuk untuk 2 tahun lebih sbb cser pastu org kate cucuk bahaye lame2 pastu stop mkn pil plak.. Ank 1st dh besar rase mcm nk baby stop dua2..nk subur smula mkn mase skit.. Setengh tahun baru lekat.. Alhmdulillah skang preg 24 weeks.. 😁

Rncang sndrik jek.. Ank first 8y, second 5y, now preggy in sha allah bsalin Feb next year. So mg jarak2 laa ank nye.. Sy xde amek pil prancang, sbb dgar mcm2 psl pil prancang, cyst laa gemok laa.. 😂

Kalau yakin n partner boleh bagi kerjasama boleh cuba plan sendiri...😋 setakat ni berjaya la juga jarak 7 tahun walaupun plan asal merancang hanya jarak 3-4 tahun tp rezeki Allah tentukan...

Mcm mne nk rancang sendiri sbb tak period dh 2 bulan, fully bf. Taktau waktu subur bile. Ade cara tak nak tauu waktu subur even tak period selain test gune ovulation test tuu

VIP Member

Boleh rujuk artikel ni untuk kaedah perancangan kehamilan: https://my.theasianparent.com/cara-mencegah-kehamilan-kaedah-perancang/?utm_source=search&utm_medium=app

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan