FUNGSI VERNIX CASEOSA

Ada pula komen mengarut dari makcik bawang yang tiba-tiba masuk ke laman saya.....dia kata dia telan minyak kelapa dara, baby dia keluar bersih dan kulit cantik. Oh HELLO?????? Inilah dia satu kenyataan yang mencerminkan kejahilan makcik bawang. Bila saya tanya, sila jawab BABY MANA YANG DILAHIRKAN TIDAK BERSIH atau KULIT TAK CANTIK????? Makcik bawang jawab kulit yang berkerak-kerak. Adoi laaaa makcik bawang, janganlaa cakap macam tu. Mai nak habaq. Ini ilmu pengetahuan yang penting untuk anda. Sila tambahkan ilmu pengetahuan ini dan berbanggalah jika bayi anda dilahirkan dengan kerak-kerak putih anugerah Tuhan ini. Dalam gambar ini ialah bayi yang disaluti vernix caseosa. Inilah krim kulit semulajadi yang terbaik di dunia. Tiada krim yang lebih baik dari vernix caseosa. Ini dibuat dan dikeluarkan oleh kelenjar sebaceous gland di dalam kulit bayi sendiri. Ia mengandungi 80% air, 10% protin dan 10% lemak. Pada 3 bulan terakhir kehamilan, vernix caseosa melindungi kulit janin menjadikannya: 1) Kalis air atau waterproof supaya boleh duduk dalam air ketuban berbulan-bulan. Kalau tidak berkedut-kedutlah kulit bayi. Anda boleh ke berendam lama-lama dalam air, sila cuba dan lihat apa akan terjadi kepada kulit anda. 2) Ia juga mempunyai bahan antibakteria yang memberi lebih perlindungan kepada bayi semasa dan sejurus selepas dilahirkan. 3) Ia mengandungi amino acid yang melindungi kulit janin dari meconium dalam air ketuban jika janin sudah berak di dalam kandungan sebelum dilahirkan. 4) Ia membantu mencegah bayi hilang haba terlalu cepat dari permukaan kulitnya sejurus selepas dilahirkan supaya tidak kesejukan. 5) Ia mempunyai ‘healing properties’ yang mempercepatkan kesembuhan dari luka melecet atau kegeselan di atas permukaan kulit semasa proses kelahiran atau semasa ibu meneran bayi keluar. 6) Bila bayi dilahirkan, tiba-tiba terdedah kepada udara luar yang kering, vernix caseosa inilah yang membantu kulitnya menyesuaikan diri untuk peralihan dari alam yang lembab dan basah ke alam yang kering. Inilah pelembab atau moisturiser semulajadi yang terbaik. Sebab inilah sejurus selepas bayi dilahirkan, kita patut membiarkan vernix caseosa ini atas badan bayi pada hari pertama dan tak payah mandikannya terlalu awal selepas kelahiran. Inilah kurniaan Tuhan yang baik untuk bayi. Jangan kata kulit tak bersih. Jangan kata kulit tak cantik. Jangan kata kerak-kerak. Jangan kata ini datangnya dari keputihan ibunya. Jangan kata ini datangnya dari air mani bapanya. Tambahkanlah ilmu pengetahuan dan bersyukurlah anak anda diberikan keistimewaan dan perlindungan ini. Jangan lupa, namanya ialah vernix caseosa, krim pelembab kulit bermutu tinggi semulajadi yang terbaik di dunia. Terimakasih. Copyright : FB Dr imelda balchin

FUNGSI VERNIX CASEOSA
2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

ala biasa la makcik bawang ni ada saja la nk bg sakit hati orng lain...sy dari nmbor 1 smpai 6 x kisah kulit keluaq mcm mna pn...jnji anak sihat cukup sifat suadh...la ni dok tngu yg ke7 pulk...dh 36 wek 4 day doa kn sy dn baby selamat ye

Btol. Sy mmg dari awal pregnant x pernah percaya makan itu ini nanti keluar kulit putih bersih la apa la. Aih. Yg penting sihat kann