Boleh kew ibu megandung mkn durian.
Ada efek apa2 x kalau makan banyak..


Sekarang musim durian. Saya beri nasihat ibu yang hamil, BOLEH MAKAN DURIAN jika teringin makan durian, tetapi mestilah bersederhana. Kawal lah nafsu tu sebab satu ulas durian itu bersamaan dengan tiga sudu kecil gula. Kalau seulas durian yang gemok isinya dan besar, ia bersamaan dengan lima sudu gula. Kalau telan empat ulas durian, maka anda sudah telan di antara 12 hingga 20 sudu gula bergantung kepada saiz seulas durian yang anda telan. Kalau pi telan 8 ulas, itu dah 24 hingga 40 sudu gula, banyak nya tenaga anda sudah telan, patutlah badan rasa panas dan tak boleh tidur. Jadi awas lah berapa banyak gula yang anda telan, jika anda tidak mahu baby di dalam kandungan menjadi terlalu gemuk dan besar, walaupun anda tak ada diabetes. Apa-apa yang berlebihan boleh memudaratkan anda. Boleh makan durian, tiada halangan untuk ibu yang hamil atau baru bersalin dari segi kesihatan, tetapi jika anda ambil berlebihan, memang lah BERAT BADAN AKAN NAIK SECARA MENDADAK, baby di dalam kandungan menjadi lebih gemuk, dan jika ada GDM (diabetes) susah lah nak dikawal bacaan gula anda. Kalau baby anda terlalu besar, lebih tinggi risiko mendapat pembedahan Caesarean Section. Saya cadangkan anda had kan makan durian ke dua hingga tiga ulas sudah cukup. Dapatlah merasa dan menikmati durian tanpa berlebihan. Makan dulu makanan seimbang yang lain sebelum makan durian supaya anda sudah pun kenyang sebelum merasa durian tu. Jangan kenyangkan perut yang kosong dengan durian saja. Selepas dah makan durian yang tinggi kandungan gula, minumlah air kosong yang tiada kalori, jangan pula minum teh manis atau jus manis atau sirap bandung. Lagi lah parah kesihatan anda. Pandai-pandai lah balance kan berapa banyak gula anda telan. Sama juga dengan makan buah kurma. Walaupun buah bagus untuk kesihatan, ambil dua hingga tiga ulas sudah cukup. Jangan makan kurma berlebihan hanya sebab orang lain kata bagus. Tamak tu sifat yang tidak menguntungkan anda tetapi tamak itu merugikan anda. Untuk pesakit saya ibu hamil yang ada GDM, mereka masih mesti buat Self-Monitoring of Blood Glucose (SMBG). Patients saya jujur dan mengaku kepada saya bahawa bila target bacaan dua jam selepas makan itu lebih tinggi dari 6.7, sebabnya ialah mereka sudah telan 4 ulas durian. Jadi saya tanya apa perlu kita buat jika tak mahu ubat cucuk insulin tu? Ada patients yang kata OK mereka akan Kurangkan makan durian atau tambah lebih kecergasan selepas makan durian. Mereka akan berjalan dengan laju (brisk walking) selama 30 minit selepas makan durian supaya bacaan gula mereka yang diambil 2 jam selepas makan akan mencapai target yang kurang dari 6.7. Kemudian my patients Buktikan kepada saya mereka boleh buat, bila mereka whatsapp kepada saya bacaan SMBG mereka. I am very proud of my patients yang ada GDM (gestational diabetes semasa kehamilan). Mereka rajin buat SMBG sendiri di rumah. Mereka ambil berat kesihatan mereka. Walaupun makan durian, mereka pastikan bacaan gula tidak melebihi target 6.7 dua jam selepas makan dan mereka ikut nasihat saya exercise dan jaga pemakanan mereka. Yang paling penting sekali ialah patients saya jujur kepada saya, supaya kita boleh bekerjasama dengan lebih baik lagi untuk kesihatan mereka. This is a good doctor-patient relationship based on honesty and trust. Maka saya tak perlu suruh patients saya pantang makan durian. Hanya mereka yang tak boleh berfikir sendiri dan tak mahu belajar jaga kesihatan diri sendiri akan disuruh pantang makan durian, tetapi mereka bukanlah patients saya atau followers saya kaaaannnnn. I am proud of you all, mummies who take care of themselves. Women empowerment GO!!!!!! Pesanan ikhlas daripada Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Maternal & Fetal Medicine.
Baca lagi

