Boleh kew ibu megandung mkn durian.
Ada efek apa2 x kalau makan banyak..
Sekarang musim durian. Saya beri nasihat ibu yang hamil, BOLEH MAKAN DURIAN jika teringin makan durian, tetapi mestilah bersederhana. Kawal lah nafsu tu sebab satu ulas durian itu bersamaan dengan tiga sudu kecil gula. Kalau seulas durian yang gemok isinya dan besar, ia bersamaan dengan lima sudu gula. Kalau telan empat ulas durian, maka anda sudah telan di antara 12 hingga 20 sudu gula bergantung kepada saiz seulas durian yang anda telan. Kalau pi telan 8 ulas, itu dah 24 hingga 40 sudu gula, banyak nya tenaga anda sudah telan, patutlah badan rasa panas dan tak boleh tidur. Jadi awas lah berapa banyak gula yang anda telan, jika anda tidak mahu baby di dalam kandungan menjadi terlalu gemuk dan besar, walaupun anda tak ada diabetes. Apa-apa yang berlebihan boleh memudaratkan anda. Boleh makan durian, tiada halangan untuk ibu yang hamil atau baru bersalin dari segi kesihatan, tetapi jika anda ambil berlebihan, memang lah BERAT BADAN AKAN NAIK SECARA MENDADAK, baby di dalam kandungan menjadi lebih gemuk, dan jika ada GDM (diabetes) susah lah nak dikawal bacaan gula anda. Kalau baby anda terlalu besar, lebih tinggi risiko mendapat pembedahan Caesarean Section. Saya cadangkan anda had kan makan durian ke dua hingga tiga ulas sudah cukup. Dapatlah merasa dan menikmati durian tanpa berlebihan. Makan dulu makanan seimbang yang lain sebelum makan durian supaya anda sudah pun kenyang sebelum merasa durian tu. Jangan kenyangkan perut yang kosong dengan durian saja. Selepas dah makan durian yang tinggi kandungan gula, minumlah air kosong yang tiada kalori, jangan pula minum teh manis atau jus manis atau sirap bandung. Lagi lah parah kesihatan anda. Pandai-pandai lah balance kan berapa banyak gula anda telan. Sama juga dengan makan buah kurma. Walaupun buah bagus untuk kesihatan, ambil dua hingga tiga ulas sudah cukup. Jangan makan kurma berlebihan hanya sebab orang lain kata bagus. Tamak tu sifat yang tidak menguntungkan anda tetapi tamak itu merugikan anda. Untuk pesakit saya ibu hamil yang ada GDM, mereka masih mesti buat Self-Monitoring of Blood Glucose (SMBG). Patients saya jujur dan mengaku kepada saya bahawa bila target bacaan dua jam selepas makan itu lebih tinggi dari 6.7, sebabnya ialah mereka sudah telan 4 ulas durian. Jadi saya tanya apa perlu kita buat jika tak mahu ubat cucuk insulin tu? Ada patients yang kata OK mereka akan Kurangkan makan durian atau tambah lebih kecergasan selepas makan durian. Mereka akan berjalan dengan laju (brisk walking) selama 30 minit selepas makan durian supaya bacaan gula mereka yang diambil 2 jam selepas makan akan mencapai target yang kurang dari 6.7. Kemudian my patients Buktikan kepada saya mereka boleh buat, bila mereka whatsapp kepada saya bacaan SMBG mereka. I am very proud of my patients yang ada GDM (gestational diabetes semasa kehamilan). Mereka rajin buat SMBG sendiri di rumah. Mereka ambil berat kesihatan mereka. Walaupun makan durian, mereka pastikan bacaan gula tidak melebihi target 6.7 dua jam selepas makan dan mereka ikut nasihat saya exercise dan jaga pemakanan mereka. Yang paling penting sekali ialah patients saya jujur kepada saya, supaya kita boleh bekerjasama dengan lebih baik lagi untuk kesihatan mereka. This is a good doctor-patient relationship based on honesty and trust. Maka saya tak perlu suruh patients saya pantang makan durian. Hanya mereka yang tak boleh berfikir sendiri dan tak mahu belajar jaga kesihatan diri sendiri akan disuruh pantang makan durian, tetapi mereka bukanlah patients saya atau followers saya kaaaannnnn. I am proud of you all, mummies who take care of themselves. Women empowerment GO!!!!!! Pesanan ikhlas daripada Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Maternal & Fetal Medicine.
Baca lagiboleh makan sebab durian ni banyak vitamin baik, gula pun tinggi tapi xlah terus dapat diabetes atau melonjak naik..buah2x lain pun tinggi kndungan gula tapi xla mnyumbang portion besar dalam gdm...😅.cumanya, berpada2..cukup sekadar merasa...sbbnya, durian ni buah yg paling tinggi kndungan sulphur...sulphur ni laa punca org gelar "durian ni panas"..sulphur ni bole buat pedih ulu hati, gastrik, radang perut, sakit kepala,migrain dan asam..asam lmbung bnyk, badan pn jd x selesa dan meningkatkan suhu badan dalam masa 'sekejap sahja' iaitu demam dan mngigil, cirit birit, rasa angin2 badan dn muntah..😅😅😅 bole makan, tpi berpada..cukup dua tiga ulas laa untk preggy2...yg lelaki pn bole sakit, apath lgi preggy momy...🙂
Baca lagibanyak tu berapa? tak kan la sampai 10 bijik puan nak makan kan. 🤭 Makan apa-apa pun biar bersederhana. Cukup la merasa seulas dua. Banyak keburukan dari kebaikan kalau makan banyak. Rasa nya puan pun boleh google apa keburukan makan durian kalau banyak sangat. Lagi-lagi time pregnant nih. Ikut badan masing-masing. Ada yang makan 3 bijik still okay. Ada yang makan sulas dua dah panas, turun darah bagai. Apa-apa pun, cukup la sekadar melepas hajat nak merasa sikit. 😊
Baca lagiSy prnh bca dlm artikel yg asianparent ni, awal kandungan blh ggur sbb dia mkn durian 4hr brturut turut, mgkin byk sgt. sy pun dh trlnjur mkn seulas masa kndungan 5bln, tu pun sbb ada gdm. Sy mkn seulas je tu pun msih ada kesan, mlm tu tak boleh tidur sbb bdn rsa pns. Seeloknya takat nk merasa blh la seulas tp pstikan mnum air byk². Tp klu blh elakkan utk kndungan yg baru lg, sbb risiko tetap ada wlupun lain org lain bdn. Jgn menyesal kemudian, dh xbrguna..
Baca lagiMaaf ckp,mngkin ikot badan msing2...serius da sebulan sy mkn durian..HARI2...sehari 2biji tu sy sorang je mkn,bkn 2 ulas tau😂(sbb x tau pregnant)..x tau knpa hari2 nk durian je...smpai lah smlm,sy rsa bdan lain mcm,lesu x bermaya...rimas,kuat mkn...so smlm cek upt +ve...gi sahkan kat klinik doc ckp kandungan dah 1bulan 5hari😅😅😅Ya Allah...bersyukur sgt kandungan sy msih selamat🥰
Baca lagiboleh je makan. saya 8w makan durian. tpi xde la sampai 1-2 biji. makan la beberapa ulas. 6 ulas. Jangan makan sampi 3/4 biji. buah durian ni disuruh makan berpada sebab kadar gulanya tinggi. ibu mengandung yang ada gdm/kencing manis, boleh makan cuma dinasihatkan jgn la banyak sngat. tkut kencing manis tinggi dn menyebabkan baby besar
Baca lagiboleh tapi beringat la makan tu . sekadar untuk lepas teringin . depend on ketahanan badan orang juga . kalau teringin sangat , makan seulas 2 ulas je . kalau tk berani , better jangan . makan nnti bila dh 3rd trimester ke .
Boleh tapi beringat. Saya makan semalam dalam 6ulas. Lepas makan minum air dari bekas durian tu. Harini makan satu ulas sahaja. Lupa minum air bekas durian tu perut panas sampai now.
ats diri masing² sis . sy skrg 6 bulan , makan 2 biji sy sorang . malam tu terus loya , nasib x jdi pape 😑seeloknya elakkan mkn sbb durian ni die panas
saya makan usia kandungan 7-8 bulan, bawah 7bulan saya tak makan sebab durian ni panas, bahaya untuk baby apa lagi kalah kandungan masih mudah.