Allah bagi pinjam untuk 9 minggu

23/10/21 Hi.. Nak share pengalaman gugur. Baru je tadi tengah hari tadi. Minggu lepas 16/10/21 da start keluar spotting warna coklat taw. Terus pergi pakar. Masa tu scan baby okay. Masih ada heartbeat. Dr bagi ubat utrogestan 100mg utk kuatkan rahim. Masa ni kandungan da 7w sepatutnya. Tapi ukur size janin dalam 6w5d. Tapi time tu fikir positif. Maybe lambat ovulation ke apa kan. Then 20/10/21 tu nak pergi buka buku pink dekat kk. Balik dari kk. Bleeding keluar. Aduii. Rasa tak sedap hati. Esok tu 21/10/21 pergi pakar balik. Check tak de heartbeat. Time tu da sedih. Siap tanya soalan kat sini pasal heartbeat baby tu boleh ada balik ke. Huhu. Sebab tak rela hilang baby. Tak rela nak rasa gugur. Still positif cakap yg baby ada heartbeat. Maybe scan tu tak jelas time tu. Menangis je la. Berdoa supaya Allah selamatkan kandungan. Malam tadi 22/10/21, perasaan ni rasa macam baby takkan lama. Lepastu doa supaya Allah bagi petanda esok which is harini (23/10/21) sebab da tekad nak pergi jumpa pakar jugak harini sebab darah non stop keluar. Kalau jumpa pakar ada heartbeat tu tandanya baby selamat. Kalau takde heartbeat minta gugur jugak hari yang sama. Tak nak tertunggu tunggu lagi dah 😩 Then tadi pukul 2:30pm. Perut rasa cramp sangat. Sakit sangat sangat. Lepastu ada rasa macam terlalu sakit. Terus rasa “ni macam nak keluar ni”. Sebab sakit dia masa nak terkeluar tu. Macam ada orang pijak pijak perut ni sakit dia. Terus pergi bilik air. Rasa nak terberak. Teran je atas lantai. Sebab dapat rasa janin nak keluar. Sekali poppppp. Keluar la sebesar penumbuk. Memang keluar semua. Keluar kantung sekali. Dalam kantung tu ada janin. Alhamdulilah pergi check pakar. Dia cakap da keluar habis dah. Siapa yang baca ni. Doakan supaya saya ada rezeki zuriat. Nak rasa macam orang lain rasa. Siapa tak kuat jangan view taw gambar ni. Take care ✨❤️ #miscarriageOnFirstPregnancy #firstbaby #sharingexperiences

Allah bagi pinjam untuk 9 minggu
91 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sama dgn pengalaman yg saya rasa. keguguran anak pertama pada 23 januari 2020. tahun ni alhamdulillah saya disahkan mengandung. setahun selepas gugur bru merasa ada nyawa dlm perut. and die saya pun hampir dekat dgn arwah anak saya yg gugur dlu iaitu pda 18 januari 2022. beza 5 hari je. sepanjang setahun selepas keguguran, saya enjoy je life dgn suami. spend time masa berdua habis habisan. tak mengharapkan pun utk ada zuriat yg cepat lepas gugur sbb saya taknak kecewa. saya pergi berurut naikkan peranakan, betulkan rahim sebanyak 3 kali and sya disahkan mengandung. alhamdulillah lagi 12minggu je menanti utk jumpa buah hati kecil ni.

Baca lagi
3y ago

Ya Allah. Happy sangat dengar!! Jaga kandungan okay. Jangan stress ke apa taw. Saya doakan Allah permudahkan segalanya urusan awak 🌹