TK profile icon
PlatinumPlatinum

TK, Malaysia

Ahli VIPKontributor

About TK

Dreaming of becoming a parent

My Orders
Posts(9)
Replies(69)
Articles(0)

Allahuakbar.. Berat ujian mu Ya Allah..

Assalammualaikum semua.. berat hati saya nak share cerita.. Allah… Hanya Allah tahu betapa remuknya hati ni.. Sebelum ni saya pernah gugur pada usia janin 9w (2021). Dalam 2 tahun baru saya lekat balik which is tahun 2023.. Nak ikutkan due bersalin saya bulan 2/2024.. tiba tiba masa 35w haritu anak saya meninggal dalam perut. Saya speechless.. saya tahu ibu ibu dekat sini mesti tertanya tanya. Sebab apa kan? Takde sebab. Kandungan saya normal. Tak de masalah. Air ketuban semua okay. Masa saya bersalin baru saya tahu anak saya terbelit tali pusat dekat perut. Allah anak mommy.. punca saya pergi PAC tu bukan sebab baby kurang gerak ke apa. Kat rumah saya ada alat fetal doppler tu macam kk selalu guna utk dgr heartbeat jantung. Pagi ahad tu elok je dia. And saya saje nk dgr jantung dia. Sekali dgr macam lain. Terus pergi PAC. Sampai2 jantung baby takde. Allah…. Saya tak tahu nak cakap apa time tu. Husband saya hampir pengsan. Dia nangis meraung dekat situ. 🥺 Esok tu hari isnin saya kena masuk ward. Emosi saya sangat tak stabil ye masa kena tahan ward tu. Sebab dalam ward tu masing2 ada baby dekat sebelah. Saya sorang je tengah tunggu ada bukaan utk keluarkan anak syurga ni. Bayangkan saya kena induce sampai 5 dose ubat. Hari pertama induce pagi (1 dose) and takde bukaan lagi lepas 6 jam masuk lagi induce. Which is haritu da 2 dose la. Sampai la hari rabu dose ke 5. Dr masuk waktu petang. Malam tu saya da tak tentu arah. Sakit sangat sangat contraction tu. Alhamdulilah saya bersalin pada hari khamis 18.01.2024.. sedih saya tgk anak saya. Da elok macam baby lain. Balik rumah saya menangis dekat husband saya. Saya tahu tu anak syurga. Walau hadiahnya syurga, takde ibu yg mahu kehilangan anak.. hari ni da seminggu saya berpantang. Rasa sakit bila kita lalui macam ibu lain. Tapi anak kita takde dekat sebelah. Berat sangat bila rindukan anak. Saya mampu sedekah Al-Fatihah. Anak mommy, Tunggu mommy dekat sana ye. Mommy promise once mommy da takde kat dunia ni. Mommy terus jumpa awak ye sayang 🥺 Al-Fatihah Luna Helena Bt Muhammad Nur Syafiq 👼🏻🕊️

Read more
Allahuakbar.. Berat ujian mu Ya Allah..
undefined profile icon
Write a reply

MOHON DOAKAN KANDUNGAN SAYA

Assalammualaikum semua. Alhamdulilah harini genap 5w. Tapi tak scan lagi. Saya takut. Sebab 2 tahun lepas pernah gugur. 1 tahun 6 bulan dari gugur tu baru ada rezeki pregnant balik. Memang tak sangka. Sebab dr detect saya ada pcos. Dia kata telur saya tak matang.. so dari situ saya macam redha if susah nak pregnant. Tapi ada waktunya. Bila tgk kawan kawan pregnant. Mudah je.. rasa sedih sangat. Menangis je.. tapi kadang kadang sedapkan hati. Saya redha.. Macam mana boleh tahu pregnant? Huhu. Okay macam ni.. saya ni tiap bulan kalau period. Tak tahu la org lain macam mana. 1st day tu dia akan keluar spotting coklat. Lepastu hari ke 2 3 takde. Ke 4 ada balik spotting. Lepastu esok tu takde. Hari ke 7 baru keluar darah betul betul. So… setiap kali spotting period ni keluar. Husband tak percaya tu period. Saya nak puaskan hati dia. Bila keluar je spotting tu tiap bulan terus check upt & tunjukkan dia “haa ni nampak negatif”. Baru la percaya wife dia period. Tapi awal bulan ni keluar macam tu juga. Macam biasa buat upt tunjuk kat dia. Da kencing apa semua tu. Da standby la nak tunjuk kat dia. Sekalii. Nohhh Rokiahhh. Double line!! Menggigil tengok. Tak sangka. Speechless. Siap cakap dgn husband. “Ni bukan upt ni.. opk kot.” Saya pun pergi tgk kotak upt tu nak makesure yg tu upt ke opk. Sekali upt. Sumpah tak percaya time tu. Sebab saya rasa saya ni susah nak pregnant dah. Sbb dr detect ada pcos.. Jadi saya nak ibu ibu kat sini. Mohon doakan kandungan saya kalini selamat ye. Saya nak sangat baby ni. Nak rasa jadi macam ibu ibu. Dapat rasa mengandung 9 bulan. Dapat lalui proses bersalin. Dapat pegang baby. Dapat besarkan anak. Mohon doakan dari pregnancy sampai la saya nak lahirkan anak ni dipermudahkan. Pregnant ke 2 ni. Saya dah tak nak check awal awal. Saya nak check time da 8w.. which is 5/7 ni.. aaaa nervousnyaaa. InshaAllah.. takde apa kot kan?? Everything is gonna be okay kan??? Mohon doa semua ye yg baca ni. Saya pun doakan sesiapa yg tgh hamil skrg. Saya doakan kandungan kita selamat dan kita sama sama dapat jumpa baby kita lepas cukup 9 bulan nanti.. Bersama sama ini dilampirkan gambar upt utk kenangan saya. Hihi. Susah ye nak nampak line. Selalu check upt kemain suluh dgn lampu. Nak nampak line tu. Alhamdulilah. Finally. Mohon doakan ye semua 🫶🏻🤲🏻 -TK-

Read more
MOHON DOAKAN KANDUNGAN SAYA
undefined profile icon
Write a reply

Allah bagi pinjam untuk 9 minggu

23/10/21 Hi.. Nak share pengalaman gugur. Baru je tadi tengah hari tadi. Minggu lepas 16/10/21 da start keluar spotting warna coklat taw. Terus pergi pakar. Masa tu scan baby okay. Masih ada heartbeat. Dr bagi ubat utrogestan 100mg utk kuatkan rahim. Masa ni kandungan da 7w sepatutnya. Tapi ukur size janin dalam 6w5d. Tapi time tu fikir positif. Maybe lambat ovulation ke apa kan. Then 20/10/21 tu nak pergi buka buku pink dekat kk. Balik dari kk. Bleeding keluar. Aduii. Rasa tak sedap hati. Esok tu 21/10/21 pergi pakar balik. Check tak de heartbeat. Time tu da sedih. Siap tanya soalan kat sini pasal heartbeat baby tu boleh ada balik ke. Huhu. Sebab tak rela hilang baby. Tak rela nak rasa gugur. Still positif cakap yg baby ada heartbeat. Maybe scan tu tak jelas time tu. Menangis je la. Berdoa supaya Allah selamatkan kandungan. Malam tadi 22/10/21, perasaan ni rasa macam baby takkan lama. Lepastu doa supaya Allah bagi petanda esok which is harini (23/10/21) sebab da tekad nak pergi jumpa pakar jugak harini sebab darah non stop keluar. Kalau jumpa pakar ada heartbeat tu tandanya baby selamat. Kalau takde heartbeat minta gugur jugak hari yang sama. Tak nak tertunggu tunggu lagi dah 😩 Then tadi pukul 2:30pm. Perut rasa cramp sangat. Sakit sangat sangat. Lepastu ada rasa macam terlalu sakit. Terus rasa “ni macam nak keluar ni”. Sebab sakit dia masa nak terkeluar tu. Macam ada orang pijak pijak perut ni sakit dia. Terus pergi bilik air. Rasa nak terberak. Teran je atas lantai. Sebab dapat rasa janin nak keluar. Sekali poppppp. Keluar la sebesar penumbuk. Memang keluar semua. Keluar kantung sekali. Dalam kantung tu ada janin. Alhamdulilah pergi check pakar. Dia cakap da keluar habis dah. Siapa yang baca ni. Doakan supaya saya ada rezeki zuriat. Nak rasa macam orang lain rasa. Siapa tak kuat jangan view taw gambar ni. Take care ✨❤️ #miscarriageOnFirstPregnancy #firstbaby #sharingexperiences

Read more
Allah bagi pinjam untuk 9 minggu
undefined profile icon
Write a reply