296 Balas
Hai semua..tahun lalu sy bru membuat aplikasi TheAsianprents disyorkn oleh adik dan xpernah mengetahuinya..syukur sekli apabila sdh tahu byk pengalaman2/pandangan ibu2 semua tentang masalah semasa mengenai ank2,kekelurgaan dan sebagainya tempat ini byk membantu kita berkongsi pa jua pandangan.sy juga bersyukur diberi peluang lagi utk memiliki seorg ank wlpun sdh berusia 41 ank sulung sdh berusia 12thn..sy ibu yg bekerja sdri dan menjga kedua org tua berjauhan dengan suami yg bekerja sbgai (pdrm)di swk.dlm setahun hya sekali/dua hya dpt berjumpa.sy di sabah.dan melakukan rutin harian menghantar ank ke sekolah serta kdg2 berjunpa klien utk menghantar barang jualan dan ketika ini sy mempunyai ank yg kecil lagi genap 2bln masih berpantang ..jika diberikan peluang mempunyai CAR SEAT ne sangat bersyukur xmembebankan suami sangat disamping tu demi keselamatan ank jika membawanya bersama..terima kasih semuanya kerana berkongsi pengalaman disini..
Bismillahirahmannirrahim.. Assammualaikum , saya suri rumah sepenuh masa, manakala suami saya bekerja sebagai imam rawatib. Saya sangat berharap akan menjadi salah seorang penerima bantuan car seat ini untuk anak kami yang sulung berumur 5 bulan. Hal ini disebabkan, kami mempunyai masalah kewangan di mana suami saya sudah masuk setahun menjadi imam di sebuah masjid dan belum mendapat tauliah dari pihak jheains menyebabkan gaji suami saya hanya diterima daripada masjid . Selain itu, menjadi suri rumah sudah semestinya melakukan kerja-kerja rumah yang menyebabkan badan menjadi letih dan apabila ingin membeli baragan keperluan saya dan suami selalunya membawa anak kami. Saya selalu rasa sakit di bahagian lengan dan bahu apabila mengangkat anak saya. Insya Allah asbab car seat ni akan memudahkan kami.. Semoga ada rezeki buat kami.. Aamiin Allahumma Aamiin.. terima kasih kepada sompo & crolla tidak lupa juga kepada asianparent
Terima Kasih saya ucapkan kepada Berjaya Sompo dengan kerjasama theAsianParent dan Crolla kerana melancarkan kempen Bantuan Car Seat kepada yang memerlukan. Saya seorang surirumah dan ibu kepada 3 orang anak. Kempen sebegini memang amat membantu kepada kami kerana mengurangkan beban untuk kami membeli car seat sendiri. Untuk makluman, saya mempunyai 2 orang anak autisme berumur 7&5tahun serta seorang baby berumur 10 bulan. Suami hanya bekerja seorang jadi tak mampu nak ada 3 car seat. Buat masa ni saya hanya 1 car seat sahaja. Selain menjaga hal-hal kerja rumah, saya yg menguruskan ank untuk hantar ke sekolah dan PDK . Dengan adanya bantuan Car seat ni,senang bila saya drive ank saya selamat duduk di car seat yang berkualiti . Saya kerap juga keluar bawa ank3 kerana 2 orang ank saya kerap tantrum. Bila bawa keluar kurang tantrum mereka. Semoga admin memilih saya salah seorang pemenang bantuan car seat ini. Aminn....
Hai dan assalamualaikum. Saya seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai seorang anak lelaki berumur 2 tahun 3 bulan dan adiknya perempuan berumur 9 bulan. Saya harap ada rezeki saya untuk menang carseat ini kerana saya amat memerlukan carseat ni untuk keselamatan dan keselesaan anak saya. Susah bagi saya untuk kawal kedua-dua anak saya apabila didalam kereta. Anak anak semakin membesar makin aktif dan tidak tahu duduk diam. Dan saya tahu bahaya nya anak tanpa carseat namun kami tidak mampu. walaupun suami kerap kali survey untuk belikan carseat namun saya tidak mahu membebankan suami saya dimana hanya dia saja bekerja untuk menyara kehidupan kami. Perbelanjaan kami cukup makan. Keutamaan saya biarlah perut anak cukup makan dan membesar dengan sihat. Saya bersyukur atas rezeki yang ada. Semoga ada rezeki untuk krluarga saya memenangi carseat ini. Terima kasih Sompo, Crolla dan theAsianParents! ❤️
assalamualaikum sya suri rumah sepenuh masa dan mempunyai anak berusia 2bulan ada masalah jantung ..suami kerja pengawal keselamatan dan anak terpaksa jumpa pakar dua minggu sekali .. sekiranya suami cuti untuk hantar anak jumpa pakar gaji akan dipotong jadi saya yang akan menghantar anak untuk jumpa pakar ..saya dan suami bersepakat untuk membeli carseat sekiranya ada rezeki tapi buat masa sekarang belum berkemampuan lagi ..andai ada rezeki dapat carseat saya bersyukur sangat sebab selama saya ke hospital untuk jumpa pakar saya meletak anak berbaring ditempat penumpang sebab anak belum pandai meniarap lagi cuma takot andai saya break mengejut anak akan terpelanting ..andai tiada peluang saya mendapat carseat percuma pun tolong doakan semoga saya dmurahkan rezeki dan dapat membeli carseat murah dan terpakai pun tak mengapa asal anak selamat ..terima kasih 😊
umur baby sy 2 bulan 21 hari. assalamualaikum semua. bulan ni merupakan bulan kelahiran sy yg ke 25 tahun. sy nak sangat celebrate birthday sy tahun ni dengan family sy sendiri. husb sy setakat ni belum ada kerja tetap sebab pkp ni dan sy surirumah sepenuh masa. sy bercadang untuk pulang ke kampung halaman sy untuk cari kerja dan mak bapa sy pun bersedia membantu carikan kerja untuk sy dan husb. yg menjadi kerisauan sy sekarang ni kalau nak merentas daerah risau kena saman sebab baby ndak duduk dalam car seat. tp kalau mau beli carseat sendiri agk berat sbb belum ada pendapatan yg tetap. sekiranya sy berpeluang untuk dapat bantuan ni sy amat bersyukur dan bolehlah sy pulang ke kampung bawak baby jumpa dgn atok nenek nya dgn senang hati. semoga ada rezeki untuk anak sy, Muhammad Hadif Zikri. terima kasih TAP, Berjaya Sompo dan Crolla❤️
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya seorang bakal ayah dimana bayi pertama kami akan dilahir pada November 2021 ini. Isteri saya tidak berkerja buat masa ini dan saya bekerja sebagai seorang kerani di syarikat swasta dimana pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM4000.00 oleh kerana kami menetap di Selangor kami juga penerima Bantuan Air Selangor. Insyaallah, jika ada rezeki kami untuk memenangi car seat ini dapat membantu dan memudahkan perjalanan kami pada masa sekarang dan masa akan datang. Kerana, isteri saya akan berpantang di Kelantan. Dengan adanya car seat ini dapat memberikan keselesaan serta keselamatan kepada bayi kami nanti. Sebelum itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada The Asiaparent Malaysia dengan kerjasama Berjaya Sompo dan Crolla kerana mewujudkan peluang ini.
Assalamualaikum, anak saya berumur 8 bulan. Saya merupakan surirumah sepenuh masa dan suami seorang pekerja awam bergred 19 . Jika ada rezeki saya untuk memenangi giveaway ini, saya amat bersyukur kerana ianya sangat meringankan perbelanjaan keluarga kecil kami. Keselamatan si kecil kami pastinya terjaga dan lebih selamat dengan menggunakan carseat dari Berjaya Sompo & Crolla. Carseat di perlukan kerana kami selalu berulang-alik ke hospital untuk rawatan si kecil, ketika berbelanja dapur dan balik kampung dari perak ke kelantan jika dibenarkan merentas negeri. Terima kasih The Asian Parent atas kerjasama yang bermakna ini bersama Berjaya Sompo & Crolla. Jika saya terpilih amatlah saya hargai, jika tidak saya percaya The Asian Parent dan Berjaya Sompo & Crolla telah melakukan yang terbaik untuk komuniti TAP . ❤️
Assalamualaikum hi Saya suri rumah sepenuh masa sebelum nie saya bekerja sebagai operator kilang sahaja. Disebabkan alahan teruk dan ada masalah kesihatan akibat kemalangan jalan raya. Saya terpaksa berhenti kerja. Suami saya kena cuti tanpa gaji disebabkan kilang tutup sementara waktu. Agak struggle bila biasa ada gaji tetiba takda gaji. Nak beli apa2 pun payah. Baby bakal lahir nanti pun barang tak beli lagi sebab takberapa mampu 😢 Sekarang Saya jual kuih batang buruk Saya secara online dan suami turut bantu perniagaan kecil-kecilan saya. Saya berharap ada rezeki untuk dapat car seat supaya bila Saya pergi cod senang nak letak baby kat sebelah nanti. Nak upah orang jaga pun takmampu. Terima kasih SOMPO ,CROLLA dan THEASIANPARENT MALAYSIA. Semoga ada rezeki dan jugak keluarga Saya,amin 🤲🏻
Bismillah hirrohmannirohhim.. Assalammualaikum saya mempunyai seorang anak lelaki bernama Hail Putra Lais yang sangat saya cintai .. kini sedang berusia 1 tahun 6 Bulan .. saya merupakan seorang Suri rumah sepenuh masa.. Dan tidak berkerja.. dimana, saya juga ingin memenangi kerusi keselamatan ini untuk putera saya kerana ia dapat melindungi anak saya yang Allah telah Amanah kan saya untuk menjaganya dengan baik .. oleh itu dimana kerajaan telah memutuskan kerusi keselamatan ini sangat berguna untuk keselamatan anak anak.. jadi saya ingin anak saya berada dalam keadaan baik ketika berada di dalam kenderaan.. Aamiin yra Saya, sedikit berharap saya berpeluang memenangi kerusi ini untuk anak yang saya amat cintai.. Bonda Anak Satu .. Bonda cinta Dan sayang akan Amanah Allah kepada bonda.. ❤️