[UPDATE 34 MINGGU]
1) Harini 27/10/25 ngam2 34w dah. Just nak share pengalaman semalam tengah2 duk sidai kain baju baby, tiba2 rasa ngilu tajam sangat kat pundi kencing seolah baby tengah penyek korek2 pundi tu, sampai tak boleh nak berdiri betul. Ada la jadi dalam 2-3min. Baby pulak sangat aktif berombak2 perut, lepas je pergi kencing terus baby senyap. Takut jugak sekejap, tak lama tu dia gerak balik slow2. Adehhh ke baby excited mama nya dah start sidai kain baju dia😆 2) Setakat ni sakit area belakang dengan celah antara perut dan peha kiri kanan (ada dalam prev post saya) itu pelvic pain ke? Atau pelvic pain ni rasa sakit betul2 kat kangkang kita tu? 3) Saya duk ingatkan boleh la survive takda stretchmark sampai bersalin tapi tidak ya, naik dekat pinggang sikit, bawah perut sikit, dekat breast sikit, dengan line halus merah2, tak sedap mata memandang, tiap hari tanya suami dia sayang lagi tak kalau macam ni😂 agak2 berapa lama ya boleh hilang selepas bersalin nanti? 4) Semalam pagi makan iberet, dalam 1jam kemudian tiba2 pedih hulu hati, badan jadi tak sedap, dan muntah2. Last muntah masa awal2 trim2 je, time tu preg 4m gitu, now datang balik, pedih ye tekak ni😫




