Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Ibu KA
GDM on Diet Control
Ada tak antara korang yg sangkut GDM on diet control? Checkup dengan nurse, dapat result gula 5.3 masa puasa, 5.8 lepas minum air gula katanya normal. Alih2 tadi jumpa doktor kata saya GDM pulak sebab bacaan masa puasa 5.3. So bacaan gula normal masa puasa 5.3 ke bawah atau 5.1 ke bawah? Ralat betul saya tersangkut GDM ni sebab memg jarang makan manis 🥲
Tiada/Kurang simptom Pregnant
Alhamdulillah kalau ikut kiraan this week dah 6w pregnant. 2x test UPT naik 2 line terang. Ini anak kedua. Ada tak kawan2 sini yg first trimester ni takde rasa mual ke apa? Saya cuma rasa cepat penat je. Mual takde langsung. Risau pulak eh macam takde simptom 😅. Takut syok sendiri je pregnant. Anak first ada jugak mual2
Baby pusing meniarap
Bila ye baby mummy2 pa dai pusing meniarap? Anak saya pandai meniarap tapi tak pandai pusing lagi hehe. Saya tahu perkembangan lain2, just nak tahu jee
Pantang
Hi mummy2. Nak tanya pendapat, saya dah takde mak ayah dari kecik. Duduk membesar dengan pakcik makcik. Kahwin, duduk dengan suami rumah sendiri. Pantang ni tak tahu nak sendiri pakai service CL atau rumah mertua. Apa pandangan korang?
First born ??
Hi mummy2. Nak tanya, first born biasa deliver week ke berapa ye? Saya kerja Johor, pjj dengan husband kat KL. Plan deliver kat Besut. Nak plan cuti takut tiba2 terberanak awal. Siapa ada pengalaman share please mummy2.
Lendir Darah & Tompok Coklat
Khamis ni saya genap 12 minggu pregnant inshaAllah. Tapi tadi tiba2 masa nak shishi terperasan ada lendir macam darah period sekali tompok coklat kat seluar dalam. Sebijik macam mula2 nak period tu. Sakit2 takde rasa. Adakah normal atau sesuatu terjadi? Saya taknak pikir bukan2 tapi saya risau sangat. Baru ni scan nampak dah babyjya gerak2 ????
Cecair coklat semasa bersama
Mintak maaf topik agak sensitif. Tapi saya risau sebab saya baru 11 week pregnancy tiba2 masa bersama cecair yg keluar warna coklat2 cair bukan putih jernih macam biasa. Bukan sikit tapi bila lap memg semua coklat cair. Tak sakit cuma risau. Benda ni normal ke?
Macam mana nak bagitahu bos yg kita pregnant?
Macam mana nak bagitahu bos yg kita pregnant? Sebab bos saya dah warning awal2 before kahwin jangan pregnant awal ? sebab prinsip dia memg taknak ada anak. Rasa takut n tak best nak kerja macam ni. *bos perempuan umur 80
Tak scan tapi dah bukak buku
Hi. Bakal ibu or ibu2 pernah tak bukak buku merah tapi Dr tak scan terus pada hari yg sama? Saya macam tak percaya saya pregnant tapi ikut upt positive, simptom ada. Cuma saya lagi yakin kalau Dr scan. Nak pergi scan swasta pricey pulak ?. Hmm apa pendapat ibu2?