Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
1st baby
Cucuk Depo
Saya nak tanya, saya cucuk Depo bulan 11. Masa tu nifas dah nak kering lepas je cucuk, terus keluar darah macam period. Lebih 2-3 pad tukar. Masuk bulan 12 ni dah jadi spotting. Kering dalam seminggu lepastu spotting balik. 1) Solat seperti biasa ke bila spotting? (Dah mandi wajib utk nifas dah) 2) Perlu ke mandi wajib bila nampak spotting? (Semasa kencing atau kat panty linear) 3) Boleh bersama ke?
Selamat bersalin induce
Alhamdulillah saya selamat bersalin induce ubat. 1 kali. Ubat berjalan lancar. 14-10-2024 lahirlah seketul anak lelaki ❤️
Perut mengeras tapi anak aktif
Hai, Perut mengeras tapi kiraan 10 kick lambat dari sebelumnya. Tapi 10 kick tu cukup. Perut mengeras sakit sampai cramp. Dalam 1 hari tu adalah dalam 2-3 kali. Takdalah sampai rasa tak boleh bangun. Tak boleh bergerak. Cuma bila datang sakit tu, tak boleh gerak dan berjalan dalam beberapa saat. Lepastu dah okay. Dah nak bersalin ke? Perlu ke pergi hospital? Atau penyebab dia - baby tengah main bola dalam perut? Sebab kekadang perut senget sebelah. Perut kedepan sangat. Anak lelaki 😌 Week 35 3 hari
Kena serah diri
Senaman apa yang boleh buat untuk week 35 ni? Sy kena serah diri week 38. 🥲 Taknak induce.
Keluar darah
Saya week 6. Kali kedua mengandung. Haritu mengandung gugur bulan 5. Terjadi sebab keluar darah. Kali ni pun keluar darah juga fresh kat pad. Keluar bukan ketul. Boleh jadi gugur ke?
Perut cramp / tiada alahan
Hai, memang kerap perut cramp ke ? Cramp macam lama sangat duduk dia akan sakit..... lepastu kerap kencing. Saya tiada alahan. Cuma cepat letih dan alahan pergi kt suami. Mengidam/letih/mual2. Ada ya pattern mcm tu? Saya week5.
Miss Misscarriage
Hai, saya misscarriage 10/5 (buat D&C) . Week 4 masa gugur. Sy last nifas 21/5. Agak2 bila nak period pertama semula ya? Dah ada tanda2 sakit senggugut tapi bila test UPT, negative. Boleh mengandung ke kalau bersama selepas kering nifas?
Bleeding keluar darah fresh
Hai, sy dah pergi hospital kecemasan. Keluar darah fresh dua kali (kat pantylinear) . Doc dah scan ikut bawah, masih ada kantung. Baby 4 weeks. Lepastu dah takda darah dalam 1 hari. Doc bagi surat utk scan 2 minggu lagi. Ni lepas balik dari hospital, keluar lagi darah. Tapi tulah bukan ketulan, hanya tumpahan depan pantylinear. Risaunya saya. 😢
Bleeding, darah setompok
Hai, sy bleading fresh blood tapi mcm setompok. Sekali je setakat ni. Buang air kecil, macam lendir campur darah (berudu) . Takpa ke? Risau betul sy. 😭
Keluar kekuningan
Kuning kat pantylinear. Macam kalau terlalu ketih sebab kerja(office) , berjalan tak naik tangga, dan buat kerja rumah sikit2. Tak pekat, cuma kekuningan. Normal ke?