Norrosmaziera Mohd Razali profile icon
GoldGold

Norrosmaziera Mohd Razali, Malaysia

Kontributor

About Norrosmaziera Mohd Razali

Mum of 4 curious cub

My Orders
Posts(6)
Replies(36)
Articles(0)

dr sakinah sulong

Ya Allah, penatnya rasa.. Hanya yang merasai morning sickness sahaja yang tahu sengsaranya. Disebut sebagai morning sickness atau alahan mengandung, tak semestinya ia berlaku pada waktu pagi. Ia boleh berlaku pada waktu pagi, waktu malam atau sepanjang hari. Ada wanita yang beruntung yang tidak perlu melaluinya. Tapi ada sebilangan ibu yang terpaksa menempuhnya dengan penuh seksa. Muntah-muntah, pening, rasa penat, tidak suka sesetengah makanan/minuman, inilah cabaran yang terpaksa ditempuh. Apa sebabnya? Ia bukan dibuat-buat. Inilah dia. Hormon progestrogen dan Beta HCG. Kedua-dua hormon ini yang sedang meningkat semasa kehamilan yang dikatakan puncanya. Parasnya akan mula meningkat dari 4 minggu kehamilan dan memuncak semasa 12 minggu, serta beransur-ansur menurun selepas itu. Oleh sebab itu, kebanyakan wanita yang mengalaminya akan berasa lebih sihat pada trimester kedua. Namun bagi sesetengah wanita yang mengalami simptom yang teruk, perlu dibuat siasatan kerana dikhuatiri ibu tersebut mempunyai masalah UTI atau masalah tiroid. Dan bagi mereka yang langsung tak mampu minum atau makan, kemasukan ke wad mungkin diperlukan untuk memulakan rawatan cecair intavena. Bagi yang masih mampu makan atau minum, dinasihatkan agar mengambil makanan yang kurang lemak dan tidak bergoreng. Amalkan pemakanan sikit-sikit tapi kerap. Perubahan selera terhadap makanan tertentu, itu biasa. Ada juga yang rasa lega dengan mengambil kiub ais. Boleh la cuba, kalau mahu. Seksa kan? Memang tak mudah bagi sesetengah wanita. Kadang-kadang sampai muntah keluar darah dibuatnya. Sebab itulah betapa pahala yang banyak untuk ibu-ibu yang mengandung dan melahirkan. Apa nak buat kan, inikan penyakit buatan orang! ? #Membebelsayang

Read more
VIP Member
undefined profile icon
Write a reply

saye pom amalkan alhdulillah??

#gambar sekadar hiasan Ramai saya tgk dalam ni ibu2 meminta tips untuk bukaan CM and memudahkan bersalin.. Ok now saya nak kongsi tips yang saya amal dari anak first and anak ke 4... Bagi saya tips ni berkesan and sgt bgus di amalkan...Rezeki saya bila tips ni sy dpt dari Pakar O&G dimana sy kerja... Ok...squat semasa hamil?mesti ade ibu kata "perut dh berat mcm ni mana boleh nk squat bgun duduk gitu" .. Patah pinggang la ..sakit perut lah.. Sah kan dulu dgn doctor kedudukan uri dan kandungan sendiri...and if doc sahkan semua ok and boleh bersalin normal,Alhamdulillah...boleh buat squat ni... Sy kongsikan cara saya buat squat ok... Ketinggian sy adalam 163cm dan berat ketika kandungan 37week adalah 70kg...normal weight is 57kg.. Bila sy start contractions,sy berjalan dulu ...jalan mcm biase(menahan contractions tu stop kejap) then sambung jalan lgi... Gi hospital cek jalan ...and nurse ckp dh 4cm...ok...then time 4cm ni lah sy buat squat ....yes,rasa contractions ...sy truskan juga squat ni...disebabkan 35week 36week stiap mlm sy squat sebelum tido so otot pelvic dh pon regang.. so sakit contractions sgt2 kurang (ni pakar yg bgth ye) Sy squat sampai sy penat...bila sy baring atas katil dlm LB sebab kepenatan,doctor cek jalan...dan masa tu dh 10cm...yes...tersangat kurang rasa sakit ....masih bertenang....then nurse suruh push,and 2times push ..keluar baby ...sgt2 lega... Sy amalkan squat dari anak pertama...bukaan jalan tu jadi cepat...so jadi seronok nk beranak lagi sebab dh thu tips bukaan jalan and meneran ... Anak pertama (6jam contractions) Anak kedua (4jam contractions) Anak ke tiga (3jam contractions) Anak ke empat (singkat sgt mase..sampai hospital trus bsalin...contractions mild jer..thu2 10cm) Selamat mcuba sis semua... Squat ni buat atas keupayaan bdn sendiri.. Bantuan suami amat digalakan untuk memudahkan ibu bgun duduk...bgun duduk masa squat... Kekadang sy myandar je kat dinding... Kita kene yakin kita adalah ibu yang sgt kuat dan boleh...

Read more
saye pom amalkan alhdulillah??
undefined profile icon
Write a reply

sekadar perkongsian

Waalaikummussalam Puan. Air hujung rambut? Maknanya masa mandi, tadah air basuhan rambut dan minum? Begitu? Puan, air basuhan rambut tu kotor, ialah kita dah guna untuk mencuci kulit kepala kita kan? Dahlah tak direbus sehingga mendidih. Nanti keracunan lah pula. Mak yang hamil tak boleh makan makanan separuh masak atau mentah seperti telur goyang, keju lembut, sashimi atau rare steak. Ni kan pula nak minum air mentah. Aduhai. Tak ada penjelasan yang logik dengan minum air hujung rambut tu boleh memudahkan bersalin. Air kita minum perginya ke perut. Masuk melalui mulut, ke esofagus dan ke perut. Akhirnya ke usus kecil dan lepas tu ke usus besar. Apa juga yang kita makan dan minum hanya akan melalui sistem penghadaman. Ia takkan buat transit atau singgah di mana-mana sistem lain macam pembiakan. Secara anatominya, mustahil. Bayi duduknya dalam rahim atau uterus. Yang membuncit yang kalian nampak tu namanya abdomen. Yang misi dan doktor dok pegang tu, abdomen. Bukan perut. Perut duduknya dalam ruang abdomen. Bayi dan makanan atau minuman tak berkongsi kawasan yang sama. Perut tu sangat berasid dan penuh segala enzim pencernaan, mana boleh janin membesar dalam keadaan begitu. Itulah gunanya belajar sains masa sekolah dulu. Supaya kita tak terpengaruh dengan mitos dari mak, nenek dan makcik kita yang ilmu sainsnya sangat terhad dek kekangan peluang nak menuntut ilmu. Tapi itulah, ramai betul yang ke sekolah, tapi masih nak dibelenggu dengan sembang mak, makcik dan nenek dia, atas alasan mereka lebih banyak pengalaman. Pengalaman hidup tak boleh disamakan dengan ilmu sains yang sentiasa berkembang tanpa henti. Minum minyak kelapa dara atau apa juga jenis minyak termasuklah minyak zaitun, takkan memudahkan proses bersalin. Tak. Dan sekali lagi saya ulang, tidak. Kerana apa? Sama dengan hujah saya sebelum ni. Mudah kan. Minyak tetap terurai bila dah masuk ke sistem digestif. Ia diuraikan bermula di mulut lagi tapi majoritinya di usus besar oleh enzim-enzim tertentu dengan bantuan dari pankreas, hati dan pundi hempedu. Menjadi molekul ringkas, fatty acid dan monoglyceride, untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah. Tak masuk dek akal bila minum minyak kelapa dara seakan menjadi pelincir untuk bayi meluncur keluar melalui faraj. Sungguhlah mitosnya. Setiap hari, salah satu kerja saya ialah melakukan pemeriksaan antenatal dan seterusnya merawat mereka yang mempunyai masalah sepanjang kehamilan dengan bantuan pakar, misi, pegawai farmasi dan dietitian. Memang semua mak mahukan kelahiran yang mudah. Kalau boleh, berdehem pun dah boleh bersalin. Tapi secara realistiknya, mak sekalian kenalah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sebab tu dah kerja Tuhan kan. Tapi taklah bermakna kita kena tunggu dan lihat. Serah sepenuhnya kepada takdir. Tu namanya dangkal. Kita kena berusahalah bersungguh-sungguh dalam mengurangkan risiko komplikasi ketika proses bersalin. Macam mana? Dr. Imelda Balchin dah pernah menulis panjang tentang ni. Siapa yang menjatuhkan hukum kepada mak-mak yang melalui proses bersalin yang sukar, kononnya mereka tu banyak dosa atau sebagai balasan Tuhan, tolonglah. Siapa kita nak kutip dan kira dosa pahala manusia lain. Ujian kita semua lain-lain. Jangamlah perasan diri tu maksum sangat. Mulut yang begitu, dapat kat saya, memang dapat tazkirah dari saya. Tolonglah hentikan segala mitos karut ni. Dah tak sanggup saya. Tahun 2020, tapi mak-mak muda ni masih seperti di zaman sebelum merdeka.

Read more
VIP Member
undefined profile icon
Write a reply