Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Mama bear of 1 bouncy prince
Lampin dewasa
Hi. Ada tak mommy yg pernah pakai pampers dewasa? Selesa tak? Saya baru 14weeks tapi kerap betul nak kencing. Kadang tu tak larat nak pergi tandas banyak kali bila keluar. Sangat tk selesa nak buat aktiviti kat luar.
Atasi alahan
Mommies semua bertahan macam mana ya? Saya pregnant 10weeks. Perut sentiasa lapar tapi bila makan je muntah. Rasa tak boleh nak telan. Loya gastrik perut terasa kosong je. Hopefully bila masuk trim 2 hilanglah segala alahan ni.
Air gula swasta
Hai mommies. Saya harini minum air gula tapi termuntah sebab tak tahan bercampur alahan lagi. So kena repeat balik minggu depan tapi nurse ada bgitau boleh beli yang kat farmasi. Soalan saya berapa rm satu botol ya? Kenapa kat shopee murah sgt ? Ada beza ke
Nak wean off 🥲
Mommies cuba share tips nak wean off anak setahun. Abangnya dulu wran off 2 tahun so faham la kalau mama kata dah tak boleh tapi si adik ni susah sikit makin melalak jika tak bagi. Sedih juga rasanya nak lepas susu sebab plan nak menyusu sampai 2 tahun tapi alhamdullilah rezeki pregnant twin jadi terpaksa stop sebab bila anak menyusu perut akan lapar takleh bincang🥲
Kk shah alam sek7
Hi. Ada tak yang stay sek7 shah alam. Mommies bukak buku pink senang tak? Saya dah banyak kali call kk tak pernah berangkat. Dah pergi klinik nurse cakap tunggu call tapi tak ade call pun. Saya dah 9week kang lambat bukak buku nurse jgk yg bebel. Huhu
Pregnant lagi
Hi mommies. Ada geng tak anak baru masuk setahun tapi dah mengandung lagi. Alhamdullilah saya dan suami redha. Ikhlas terima cumanya kadang² saya jadi takut. Saya takut nak hadap hari depan. Nak hadap nurse&parents,contraction takut kena jahit. And lagi satu anak saya yg kedua full bf. Boleh ke teruskan bf or better stop je. Sedih rasanya nak wean off sebab dah niat nak susukan anak sampai 2y.
JARAK 6 BULAN
Hai. Saya anak baru nak masuk 7 bulan. Period dah lewat 5 hari try cek upt samar² lagi. Gerak hati memang rasa dah pregnant lagi. Ibu2 bagi semangat sikit down rasanya.
Kepala baby kecil dari usia
Hi. Saya dah 36weeks. Haritu masa scan doktor cakap kepala baby agak kecil sikit berbanding usia kandungan tapi doktor cakap okay tkde apa apa. Ada tak yang pernah alami sama macam saya?
Susu mengandung
Hi mommy. Saya tengah mencari susu yang berperisa epal or strawberry. Jom share susu apa yang mommy tahu?