Birthclub: November 2022 icon

Birthclub: November 2022

24 K following

Feed

Please tolong saya bagi pendapat. Saya dah buntu sangat

Hi korang. Saya nak minta pendapat kat korang. Saya baru lepas bersalin anak no 2. Alhamdulilah dah sebulan berpantang. Nak jadi cerita, mak saya duduk dengan saya kt rumah sewa saya dah setahun. Btw rumah mak sebenarnya dekat je jalan berapa langkah je, tapi mak saya pilih tuk duduk dengan saya. Sebab nya mak dengan ayah saya mmg tak sefahaman. Tak bercerai ke apa. Mmg dorg tk sefahaman. Pantang jumpa akan bertekak. And dorang mmg dah lama tak tidur sebilik. Ada la dalam 20 tahun. Tapi still dorang bukan dah bercerai ke apa, cuma mak pilih utk duduk dengan saya. Mula nya dia tumpang tidur sehari 2 je, lama lama dia angkut barang dia sikit sikit. Sedar tak sedar dah setahun. Sampai bilik yg saya sediakan utk anak saya, dah jadi bilik dia. Masalah yang buat saya stress sangat sekarang ni. Lately ni mak saya suka bawak masuk anak 1st saya dalam bilik dia. Setiap malam, tgk upin ipin kat phone dia (upah utk lenakan anak saya dalam bilik) btw, anak saya baru 1 tahun 7 bulan. And saya tak suka cara mak saya ni, tapi saya tak tahu mcm mana nak tegur mak saya. Saya pun tk suruh dia amik anak 1st saya tolong tidukan ke apa. Sbb anak saya mmg mudah tidur kalau betul betul ngantuk. Tak perlu nak upah tengok upin ipin ke apa, dia mmg golek golek boleh tidur sendiri. Saya pun dah pesan kat mak saya, kalau nak bagi tengok jangan la dalam gelap. And jangan la brightness terang sangat. Jangan dekat sangat anak saya dengan phone tu, tapi mak mmg tak endahkan pun apa saya cakap (ni saya masuk bilik mak saya tu and check sekali sekala) Saya sedih sangat. Saya bebetul jaga anak saya. Saya taknak dia rabun. Saya taknak kecik kecik dia dah pakai spec mata. Plus mmg tak suka dia tgk cartoon kat phone. Saya bagi tengok pun hanya kat tv. Mmg jarang sekali bagi phone. Faham tak perasaan saya, saya dah bersuara pun mak tak pedulikan apa saya ckp. Skrg ni pun anak saya dah banyak tantrum. Sebab banyak tgk cartoon. :(( Saya memang sangat menjaga anak saya. Yela anak ni amanah allah, of course saya bebetul jaga anak saya kot. Saya bertarung nyawa lahirkan anak saya, mestilah saya nak besarkan dia dengan cara saya. Even mak saya pun, mak saya patut ikut cara saya. Saya sedih sangat. Sbb tk tahu mcm mana nak lari dari situasi ni. Takkan la saya nak halau mak saya balik rumah dia? Kang anak derhaka, mau tk bertegur setahun. Btw korang, selain masalah anak saya ni. Banyak lagi benda yang sy tak boleh terima cara mak saya ni.. 😭 tapi saya tak ada pilihan. Saya bgtahu husband saya pun, yela husband saya boleh buat apa. Sbb bukan mak dia, yang dia nak tegur ni. Mak mertua dia. Of course ada rasa hormat. Ya allah setahun saya bertahan, bersabar. Kkdg mak saya ni guna dapur kalau dia masuk mmg tak kemas balik. Saya la yang akan kemas. Kalau nak cerita mmg terlalu banyak saya kecewa dengan mak saya ni. Tapi saya tk thua mcm mana nak buat. Saya pun dah rasa takda privacy, kami suami isteri mmg rasa takda privacy. Sbb mak mmg ada je kt rumah ni. Pastu suka busy body pasal kami. Mana kami nak pergi, balik pkl berapa. Kalau g kenduri kawin member ke apa, dia tanya details. Kkdg kami borak laki bini pasal kawan kawan, dia pun tanya siapa siapa. Allah letih nya mental saya. Kalau korang di tempat saya, apa ye yang korang akan buat. Saya nak pindah, tapi ni rumah saya. :(( saya nak suruh mak keluar, mmg tak tahu mcm mana cara nak ckp. Saya cuma nak besarkan anak saya dengan aman tenang, dengan cara saya sendiri. Cth, no salt no sugar bawah 2 tahun. Mak saya selambe dia je bagi. Haih. Tgk upin ipin 24 jam. Btw mak saya ni mmg baik dalam pantang ni, dia la yg tlg masak kan makanan pantang semua. cuma tula ada perangai nya yg saya mmg angin sangat. Lagi lagi bab anak.

Read more
undefined profile icon
Write a reply

Dilema dengan mertua

Hi. saya wfh mom untuk 2 kids. Saya tahu mertua tak suka saya dari awal kahwin lagi. Tapi selalu cuba menidakkan. Saya selalu fikir positif setiap kali dia layan / kata benda2 yang menyakitkan hati. Kemuncaknya bila suami saya dapat kerja gov (saya yg mohon & gigih tolong jawab exam online), mertua saya makin nampak sangat tak suka kat saya. Dia mula berani pertikaikan saya yang tak kerja luar macam orang lain. Pernah saya sembang dengan dia & saya bagitau dia suami saya tak suka bawa saya pergi kenduri. jawapannya "iyelah. kalau dia bawak awak pergi kenduri jumpa kawan-kawan dia, awak nak sembang apa dengan diorang? diorang semua geng pegawai". Rasa tersentap sangat. Suami saya baru 2 tahun jadi pegawai, maknya dah megah sangat dah. Kawan2 suami saya bukannya semua pegawai pun. Saya master holder. Lagi tinggi taraf pendidikan nak banding dengan suami & kawan2nya. Cuma saya wfh ja. Tak keluar kerja macam orang. so mertua saya anggap saya tak kerja. Bukan ayat ni ja yang dia kata kat saya. banyak lagi. Saya selalu fikir positif. Tak pernah burukkan mertua saya depan suami saya. Sampailah Ogos tahun lepas, Saya ada buat bengkel untuk orang secara online. Saya minta suami jaga anak2. Suami ajak balik kampung dia. Saya setuju dengan syarat jangan ganggu saya waktu bengkel saya. Suami setuju. Tapi, lepas habis bengkel, saya teruk dimarahi mertua saya sebah biarkan suami saya jaga anak. Banyak benda yang menyakitkan hati dia cakap kat saya. Suami ada kat situ tapi suami x back up saya langsung. alasannya sebab tak.nak melawan mak dia. Selepas kjadian tu saya trauma sampai hari ni. Saya didiagnosis depression and kena on medication sbb ada cubaan lukakan diri & anak2. Waktu tu, ada masa saya tak boleh tengok anak2 saya. Saya rasa geram, rasa benci, rasa nak marah sebab anak2 saya tu cucu mertua saya. Ada satu malam saya mengamuk teruk sebab suami saya bawa anak2 saya pergi kenduri sedara dia dengan mak & adik2 dia tanpa inform saya. Padahal dia dah tahu saya dah lama ajak dia pergi kenduri tapi dia tak nak. Saya jadi hilang akal. Saya ingat-ingat lupa apa yang jadi. Suami saya call kedua2 parents kami. Waktu saya dah makin tenang, saya dengar mertua saya cakap kat abah saya. "Saya tak tahu pula dia perangai macam ni.". Abah saya balas "Sepanjang hidup dengan kami dia tak pernah jadi macam ni.". Tak lama lepas tu abah saya balik dan warning suami saya. Sekali lagi saya jadi macam tu, abah saya akan pisahkan kami rela atau tidak. Dan sangat menyakitkan hati, malam tu juga mertua saya berhabisan cerita kebaikan diri dia kat parents saya. Parents saya sampai muak. Walaupun saya dalam keadaan macam tu, dia masih nak salahkan saya dan cakap dia yang terpaling suci. Mertua saya selalu cakap anak2 dia baik. Padahal suami saya sangatlah baran, saya dah banyak kali disepak, diseret, dihalau, dipukul dengan hanger walaupun atas sebab kecil ja. Waktu dia marah saya lepas bengkel tu, saya cerita yang suami saya pukul saya. Jawapan mertua saya "kalau perangai macam hang ni, dia buat lebih lagi pun mak tak.hairan. Kalau mak perangai macam hang, dah lama mak cerai dengan abah". Ya Allah, sakit sangat hati. Saya ada bertanya dia apa yang teruk sangat perangai saya di mata dia. Dia cakap saya biar suami saya jaga anak2 waktu saya buat kerja. Saya biar suami saya tukar pampers anak. dia dulu tak pernah biar suami dia buat semua tu. Dia buat semua sendiri. Dan itu sahaja alasan dia benci sangat kat saya. Waktu ogos tu juga, dia ada cakap kat saya "dari hari pertama mak tengok hang, mak tak berkenan dah. Hati mak ni tak berkenan kat hang. Mak pernah mimpi khemah terbang waktu majlis kahwin hangpa". Hancur hati saya waktu dia cakap macam ni. Kalau betul dia tak berkenan dari hari pertama tengok, knapa tak jujur dan halang perkahwinan kami. kenapa teruskan. Sampai sekarang saya masih tak boleh maafkan dia. Hanya sekali saya balik kampung suami lepas kejadian tu, raya lepas. itupun selepas pulang ke rumah, saya jadi murung semula.

Read more
undefined profile icon
Write a reply
Load More Posts