
Anak sy dah setahun 3bulan. Tapi sy tak pernah hantar pengasuh, gilir2 jaga dgn suami. Jadi kesannya anak sy takut org. Kalau org tak tegur dia atau buat tak peduli baru dia pegi kat org tu. Masa sy mengandungkan dia, sy ada isucdgn MIL, selalu sedih dan terguris dgn dia sampai la sy dlm pantang pun masih menangis² sbb terasa hati dgn MIL. Bila anak dh kenal org, dia asyik nangis je kalau dgn mil sy. MIL jln sebelah pun dia nangis dan takut Berbeza dgn org lain, walaupun org lain ada nk cuit² dia, dia xde la nangis mcm jumpa mil sy. Adakah benda ni terjadi sbb dari dulu lagi sy terguris hati dgn mil sy. Maksudnya baby dpt rasa ke apa yg mak dia rasa masa dlm kandungan.#bantujawab #ingintahu #anaktakutorang
Read more





Badan baby 1 tahun tiba2 panas
Hi, anak saya umur 1 tahun 2 bulan. Kemarin anak saya tiba2 shj badan jadi panas. Pagi tu elok shj. Kebetulan kami berada di luar kawasan melawat saudara, jadi alat check suhu saya x bawa. Bila badan dia semakin panas saya terus bawa ke klinik, tp bila di klinik check suhu badan dia normal sahaja, dan diberi ubat demam. Tapi bila balik bagi ubat apa semua badan dia semakin panas jadi saya mandikan dia, awal2 tu ok lagi makan minum menyusu semua. Selepas 6 jam saya ubat kali kedua. Dan saya buka baju n seluar tinggai pampers shj. Dlm tempoh tu juga baby saya mcm menggigil sedikit. Saya tak tahu nak buat apa, saya mandikan dia sbb dia menggigil tp badannya panas. Yg suami marah saya sbb mandikan dia, dia kata anak tu sejuk dlm sbb tu menggigil. Tp luaran dia panas. Sepanjang mlm saya x lena tidur perhatikan baby takut dia jadi apa2 sampai pagi alhamdulillah badan baby semakin ok. Dan ini first time baby saya demam yg x aktif, sbb tu saya jadi blank tak tahu nak buat apa. Sbb demam2 yg sebelum ni semua dia aktif sahaja. Alhamdulillah ptg ni dia semakin aktif cuma masih merap sedikit x nak ke org lain mcm abah, tok n tokwan dia. Nak saya sahaja. Ada tips tak apa yg perlu saya buat jika selepas ini perkara seperti baby demam menggigil ni berulang? #ingintahu #SeriusTanya #bantujawab #firstmom #bantusharing #Sharing_dong_Bund
Read more