buasir tu, kalau sampai sakit nak gerak maknanya ada koyakkan kt lubang dubur.. untuk ibu mengandung kene minta nasihat dr untuk dptkn gel picit kt dlm.
based on my experience masa anak first, masuk je 7bulan sy da start sembelit teruk, masa tu tkde experience so asyik akan meneran bila nk berak n duduk lama dlm toilet. lepas bersalin ingat da hilang tapi rupanya mimpi buruk sampai anak 11bulan ,sy punya buasir sangat2 teruk sampai sy terpaksa berhenti kerja, pnh sampai giveup nk terus penyusuan, nk bgn sakit, nk duduk sakit nk baring mengiring sakit, sakit yg mengganggu aktiviti harian. sy siap buat endoscopy (masuk camera kat dubur) ubat hospital ber plastik2, sy da cuba Tradisional tapi sama je keadaan sy.
bila sy prgi hospital columbia, dr pakar yg rawat sy tu byk ajar dan nasihat utk cari ilmu psl buasir.
alhamdulilah buasir sy kecut, da fissures(koyakkan) smakin baik walaupun amek masa lama nk baik.
firstly awak kene pulihkn koyakkan kt lubang dubur dulu sblm awak kecutkn buasir, selagi koyakkan (fissures) awk tk baik, slgi tula buasir tkkn kecut.
bincang dgn dr krim apa yg sesuai utk ibu mengandung utk baikkn fissures ,sepanjang awk pakai krim tu awak kene pastikan najis awak sentiasa lembut (utk lembutkan najis kene makan pelembut najis)
teruskan makan smpai hilang rasa sakit koyakkan tu. bila da ok bole stop ubat lembutkan najis then jaga makan secara natural jgn smpai najis keras balik. tapi kene bincang dgn dr since awk mengandung pasal ubat fissures n lembutkan najis.
1.mungkin awak boleh try n error cari mknan apa yg boleh cetuskan deria rasa nk berak (so bila rasa nk berak cpt2 pergi berak utk elakkn awk duduk di jamban terlalu lama sbb duduk dijmban lama2 bole triggered lgi buasir tu?)
2.bila nk berak jamban duduk, letak satu bangku kecik kt kaki, supaya posisi awak tu jadi 180 darjah.
3.elakkan makanan yg buatkan awak sembelit (mcm sy, setiap kali sy mkn something sy akn catit bnde tu buat sy smbelit tak, cth coklat, milo)
4.minum air masak cukup 2.5liter ikot berat bdn, minum susu kambing organik (ini paling berkesan utk sy la)
now mengandung da trimester ke3 anak ke2, alhamdulilah ok je. bekas isi buasir yg terkeluar masih ada smpai skrg.. so sy sntiasa berjaga utk elak sembelit .
Baca lagi