dr sakinah sulong

Ya Allah, penatnya rasa.. Hanya yang merasai morning sickness sahaja yang tahu sengsaranya. Disebut sebagai morning sickness atau alahan mengandung, tak semestinya ia berlaku pada waktu pagi. Ia boleh berlaku pada waktu pagi, waktu malam atau sepanjang hari. Ada wanita yang beruntung yang tidak perlu melaluinya. Tapi ada sebilangan ibu yang terpaksa menempuhnya dengan penuh seksa. Muntah-muntah, pening, rasa penat, tidak suka sesetengah makanan/minuman, inilah cabaran yang terpaksa ditempuh. Apa sebabnya? Ia bukan dibuat-buat. Inilah dia. Hormon progestrogen dan Beta HCG. Kedua-dua hormon ini yang sedang meningkat semasa kehamilan yang dikatakan puncanya. Parasnya akan mula meningkat dari 4 minggu kehamilan dan memuncak semasa 12 minggu, serta beransur-ansur menurun selepas itu. Oleh sebab itu, kebanyakan wanita yang mengalaminya akan berasa lebih sihat pada trimester kedua. Namun bagi sesetengah wanita yang mengalami simptom yang teruk, perlu dibuat siasatan kerana dikhuatiri ibu tersebut mempunyai masalah UTI atau masalah tiroid. Dan bagi mereka yang langsung tak mampu minum atau makan, kemasukan ke wad mungkin diperlukan untuk memulakan rawatan cecair intavena. Bagi yang masih mampu makan atau minum, dinasihatkan agar mengambil makanan yang kurang lemak dan tidak bergoreng. Amalkan pemakanan sikit-sikit tapi kerap. Perubahan selera terhadap makanan tertentu, itu biasa. Ada juga yang rasa lega dengan mengambil kiub ais. Boleh la cuba, kalau mahu. Seksa kan? Memang tak mudah bagi sesetengah wanita. Kadang-kadang sampai muntah keluar darah dibuatnya. Sebab itulah betapa pahala yang banyak untuk ibu-ibu yang mengandung dan melahirkan. Apa nak buat kan, inikan penyakit buatan orang! ? #Membebelsayang

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan