1 Balas

Boleh google juga kalau awak dah tahu nak bersalin kat mana . Kalau dapat baca review atau pengalaman orang yang bersalin kat hospital sama macam awak lagi senang . Barang bersalin tu kadang ada orang bawa sikit ada orang bawa banyak . Kalau awak ikut list barang kena bawa pi hospital tu mesti banyak/besar beg awak bawa . Masa saya bersalin tu orang lain semua bawa beg kecil je . Last last tak banyak guna pun barang yang saya bawa . Hospital gov dia bagi baju untuk baby pakai , ibu pun pakai baju pink . So yang penting Baju ibu untuk balik Baju baby untuk balik Napkin/bedung Pampers Sarung tangan kaki Termos Cawan & sudu Milo 3 in 1 Kurma Pad size besar Disposal panties senang tak payah cuci sebab ibu tak larat nak buat semua tu

Kurma dengan milo tu lebih kan sebab kadang susu tak keluar awal tu . Milo dengan kurma boleh tambah susu

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan