Pejabat Baru KLOOK Lebih Moden & Santai, Mengimpikan Perkhidmatan Pelancongan Terbaik

Wah, cool juga kan kalau dapat bekerja dalam suasana yang ceria dan santai seperti pejabat baru KLOOK Malaysia di KL Eco City ini yang merupakan platform bagi menempah aktiviti dan perkhidmatan pelancongan ke destinasi menarik seluruh dunia! Buat pengetahuan semua, KLOOK telah memulakan operasi sejaktahun 2017 dengan menggabungkan fungsi utama organisasi seperti pembangunan perniagaan, pemasaran, perkhidmatan korporat dan lain-lain yang bergerak di bawah satu bumbung yang sama. Selain itu, KLOOK juga menjalankan aktiviti dan pelancongan dengan kerjasama bersama syarikat tempatan seperti Aquaria KLCC, KLIA Ekspres, lawatan ke Pulau Pinang dan bersantai ke beberapa pulau di Sabah. Buat tempahan melalui aplikasi mudah alih Apa yang lagi best, pengguna boleh menempah perkhidmatan dengan hanya menggunakan aplikasi seperti tempahan tiket taman tema, sewa kenderaan, internet, makanan dan banyak lagi. Kalau nak tahu KLOOK juga telah merangkul anugerah Best Year daripada Google Play dan Apple App Store secara berturut-turut. Dengan pembukaan pejabat baru KLLOK Malaysia ini dapat menempatkan lebih daripada 100 kakitangan yang fasih dalam 8 bahasa bagi melayani pertanyaan dan perkhidmatan dalam talian tanpa kira waktu siang atau malam. Ruang pejabat KLOOK Apabila melangkah masuk ke dalam pejabat baru KLOOK ini anda akan dapat melihat ciri-cirinya yang moden dan pastinya membolehkan pekerja memberi yang terbaik setiap masa. Apatah lagi, ia juga dilengkapi dengan ruang makan yang luas, bilik mesyuarat berteknologi tinggi dan adanya rejuvenation room di mana membolehkan pekerja mengambil feel berehat selepas waktu pejabat. Apa yang pasti, KLOOK sentiasa menetapkan matlamat bagi menawarkan perjalanan yang menarik dan terbaik kepada para pelancong.

Pejabat Baru KLOOK Lebih Moden & Santai, Mengimpikan Perkhidmatan Pelancongan Terbaik
3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Untung la dpt ofis gini. Hari2 semngat buat OT 😂😂

VIP Member

Bestnya! Nak kerja kat sini lah. Ada vacancy tak?

VIP Member

wahhh, menarik😍