9 Balas

Kalau sy, sy banyak cari ilmu pasal membesarkan anak. Bila sy yakin sy besarkan anak sy dgn cara yg betul, sy tak kisah dah dan tak risau tak tentu pasal bila orang compare sbb sy tahu sy di laluan yg betul. Contohnya org cakap anak sy kurus, tp sy tahu anak sy cukup makan dan BMI anak sy ok so sy buat derk je org tu nak cakap apa pun. Sy cuma anggap mungkin pemikiran dia ketinggalan/ kolot/ tua sbb asyik fikir budak montel sahaja yg comel dan sihat sebenarnya budak yg tak montel juga seorang anak yg sihat! Sama jugak macam berjalan, bercakap atau apa-apa pun selagi sy tahu anak sy masih didalam keadaan normal sy tak terasa pun dgn perbandingan itu. Macamtu je sy. Tenangggg~ 😌😌

Betul. Sy pun banyak cari ilmu disebabkan zaman kita ni dah canggih. Dan banyak ilmu mudah utk kita cari. Dan banyak juga mitos2 dulu yg saya tak ikut. Even sebelum anak sulung lahir. Sampai tak kisah nak kata kita mak2 modern. Retilah kita jaga anak kita dgn cara kita. Tapi bila ada org cuba menyelit juga kadang terasa juga hati. Nak menjawab kang kata tak beradab. Anggap orang tu kolot jela. Asalkan anak membesar dgn baik. Cepat atau lambat development dia asalkan normal cukup.

Skarang nie ramai ibu bapa sendiri yg mengecilkan anak mereka sendiri. Contoh, "boleh tahu x apa lagi nk bg anak sy makan, anak sy 11 bulan, sebelum nie baby2 sy montel kiut je byk minum susu, skarang nie badan die dah susut, x montel, kecik Sgt2 dr baby seusia die".. So how to comment? mak sendiri dah bg laluan untuk parent lain membandingkan anak mereka.. As parent yg lain komen biasa lah, "anak sy 11 bulan sama umur dah makan byk sgt2 dah, skarang nie berat die ....... ". Mungkin kita x tahu struggle ibu bapa tu, but we do know what the mom felt bila die meluah dr segi luahan die... Don't u feel the same?

Eh pelik pulak si anonymous ni. TT ni post untuk meluah, sharing her feelings/ opinion. Yang tukang comment ni tak paham apa yang TT ni post agaknya 😂😂😂😂😂 contohla, kalau ada moms/ parents yg post kat app TAP ni, sometimes nk tanya pendapat/ tips. And cara org reply tu mungkin cerita pasal pengalaman anak dia. Kan dah nampak malu sebab reply comment mcm ni. Pastu bila TT reply, mak aiii kau sentap plak nyahhh. Tengah period ke sis?

TapFluencer

😍 Nak didik anak sulung? 🍁 Ada ibu ayah pada hari ini terlalu fokus pada mendidik anak (child-centric). 🍁 Sehingga terlupa bahawa perkara pertama dalam mendidik anak adalah dengan fokus pada mendidik diri (parent-centric) terlebih dulu. 🍁 Teknik parenting yang terbaik adalah dengan memberi 70% fokus pada mengubah diri dan 30% fokus pada mengubah anak-anak. #NotaRedzaZainol #didikanaksulung

TapFluencer

Biarkan ajee, kalau anak lambat merangkak (sblum 1thun6m) okay je, bagus jugak sebenarnya sbb membantu perkembangan otak kiri dan kanan kalau merangkak lama berbanding yg cepat berjalan. Otot kaki tangan pun kuat. Bab bab badan anak ni, biarr kan aje jugee sebab kita yg tau anak kita 🫶🏻

Betul! Setuju sangat 🤍

Tq sis. Saya risau dan sedih bila org tanya kalau baby 1 tahun saya dah mula jalan atau bercakap sebab mmg belum. Dulu dia bam2, lepas tu dia masuk hospital sbb kena jangkitan RSV. Berat dah tak naik lepas dia sembuh dari RSV, skrg dah underweight.

Diaorang ingat membesarkan anak ni satu perlumbaan agaknya. Biarlah anak tu membesar ikut perkembangan dia sendiri. Takpe sis, abaikan kata2 negative. Anak sihat, kita yg jaga. Anak sakit pn kita yg jaga. Diaorang tahu bercakap je. Alhamdulillah anak awk dah sihat dr jangkitan RSV. Semoga yg baik2 untuk anak awak dan awak 🫰🏻

betul. org tua duk ckp kt anak saya makin kecik tambah bila tgok dia makan sikit. saya stress. padahal berat okay je . bkn nya keding mana pun, tambah dia dlm fasa melasak, standard la .

tuh la, padahal kita okay je. janji dia sihat ,tiap kali timbang pun okay. tapi org lain yg kecoh . geram pula. belum lagi bab gigi tak tumbuh , lambat bab merangkak n berjalan, aishh. bila ingat balik kata2x tuh, stress betul. nak enjoy moment dgn anak pun susah. 😌 .

betul tu sis... jgn kasi down orng lain...

yaa betul..

TapFluencer

👍

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan