Rasa Macam Ibu Yang gagal

Tipulah Kalau saya kata saya tak cemburu tengok Anak orang lain semua development Cepat. Hati Dan otak ni da Habis positif Tapi ada juga perasaan sedih mcm saya gagal Latih Anak saya. Dah 2 tahun masih tak berjalan, bercakap, makan nasi, mee, apa semua xnak, hanya susu,buah, cereal... Bila tengok keliling, perasaan cemburu ni terdetik tgk budak2 yg bawah umur Anak berlari bercakap. Termenung menangis apa lagi saya kena buat. Semua pakar, fisio dah pergi. Latihan dah bagi masih statik..now ketinggian xda naik. Kena refer nutrition pulak. Saya Penat. Penat ulang alik hospital. Dgn nk handle baby kecik lagi. Saya dgn suami pjj. Bnyk semua atas bahu saya. Rasa nak stop jadi Ibu. Tapi saya Syg anak2.. Bila Org Tanya, fully jaga Anak. N yes. Tapi Bila tgk mcm saya xfully train Anak saya. Haih. Penat

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Anak saudara saya ada salah satu seperti anak puan, tak makan nasi kecuali susu dan buah sahaja, untill now dia dah masuk universiti. Dia masih begitu dan dia sihat. Anak buah saya sorang lagi speech delay, 4 tahun masih tak pandai bercakap untill dia bersekolah baru pandai bercakap tapi pelat, dan sekarang 7 tahun walaupun berterabur ayatnya, tapi sudah boleh bergaul. suami saya pula umur 2 tahun baru pandai berjalan. Puan, carilah group support yang sama seperti puan supaya puan rasa tidak keseorangan. Saya doakan puan tabah dalam membesarkan anak sebab sepanjang tempoh itu, sedar tak sedar pahala puan melimpah ruah Allah bagi. Sending hugs for you.

Baca lagi