Tips Bersalin Dari Fisioterapi
Hari ni sy nak share tips bersalin yang sy dapat dari fisioterapi sendiri.. Teknik Pernafasan 2nd & 3rd trismester Deep breathing * Bertenang & bahu tak tegang. ** Ambil tangan kanan letak dekat abdomen. ** Bernafas dalam ikut hidung dan lepaskan ikut mulut bentuk O (bahu jangan terangkat). Teknik Pernafasan Semasa Kontraksi 1. Jangan kejungkan/keraskan badan. 2. Bila tengah kontraksi, badan kena bertenang dan kangkangkan kaki. (Ikut selesa nak duduk/baring). Cara Bernafas ** Bernafas guna mulut bentuk O (tarik & lepas) semasa kontraksi datang. ** Deep breathing bila kontraksi hilang. Cara Meneran 1. Bertenang dan fokus dekat arah abdomen (rahim). Teran bila kontraksi tengah kemuncak (sakit) bila kontraksi berhenti jangan teran. 2. Biarkan nurse kangkangkan kaki luas², lembutkan kaki. Jangan angkat bontot! 3. Bila nak teran, angkat kepala dan dagu sentuh dada, mata pandang perut, meneran guna perut (tahan nafas 10 saat atau lebih masa teran). 4. Kena pandai curi nafas masa meneran. JANGAN MENJERIT !
Mommy to my little khalifah