#TAPx59S

TEKNIK PENYUSUAN IBU Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payudara ibu. Kebiasaan, posisi dan cara meletakkan bayi ke payudara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Langkah-langkah penyusuan Posisi 1.Pegang bayi rapat ke arah badan dan payudara ibu. 2.Pastikan kepala dan badan bayi lurus. 3.Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas. 4.Boleh memegangnya dengan perbagai cara asalkan merasa selesa. • Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi. • Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati – hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas) Pelekapan • Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati – hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas) • Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi. • boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara. Tanda-tanda pelekapan yang salah Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi.Tanda – tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan: • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan. • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan. • Payudara mungkin bengkak. • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan. Gambar ke 2 (di bawah) bayi yang tidak melekap dengan betul boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet. Penilaian bayi menyusu dengan betul • Mulut bayi terbuka luas. • Dagu bayi menyentuh payu dara. • Bibir bawah bayi bergulung keluar. • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas. • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam. • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu. Apa yang berlaku ketika mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul. Petunjuk: Gambar pertama 1.Puting 2.Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola. 3.Lidah bayi 4.Payu dara 5.Tekak bayi #TAPx59S

#TAPx59S
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

👍🏼