Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital

Tanya soalan mengenai cirit birit dan jangkitan rotavirus pada kanak-kanak, apakah simptom & risikonya pada anak kecil. Anak alami cirit birit? Adakah ia merbahaya? Tahukah anda ia mungkin disebabkan jangkitan rotavirus? Sekiranya anda mempunyai banyak persoalan mengenai penyakit cirit birit atau rotavirus ini, anda wajib mengikuti Sesi Tanya Pakar kali ini! Cirit birit pada anak kecil boleh jadi situasi yang normal juga berbahaya. Ramai ibu bapa tidak tahu anak kecil sebenarnya berisiko terkena jangkitan rotavirus yang berbahaya ini. Ayuh bertanya terus mengenai simptom, punca jangkitan, risiko jangkitan rotavirus juga segala yang anda ingin tahu mengenai penyakit ini bersama Dr Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital pada 22 Disember 2021, Rabu. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital
24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr. Wan, kalau anak saya jangkit Rotavirus, apakah ibu bapa perlu buat? Bagaimana untuk tahu kalau cirit birit itu serius dan kena bawa ke hospital?

4y ago

waalaikumussalam kanak-kanak boleh terkena jangkitan Rotavirus melalui pencemaran najis pada persekitaran atau tangan penjaga. Tiada ubat yang spesifik untuk merawat Rotavirus kecuali merawat simptom seperti demam, meneruskan pemberian susu/minuman dan makanan untuk mengelakkan dehidrasi. Sekiranya anak berterusan muntah dan cirit birit serta mempunyai simptom dehidrasi(lemah, kurang air mata, kurang kencing atau cengkung bebola mata), perlu dibawa berjumpa dengan doktor walaupun mungkin simptom baru bermula sehari. Ini adalah kerana sesetengah kanak-kanak mengalami simptom yang teruk, terutamanya sekiranya anak berumur bawah setahun. Rawatan lain seperti Smecta/Hidrasec atau probiotics mungkin diberikan oleh doktor tetapi bukan untuk menghentikan cirit birit tetapi mungkin boleh mengurangkan tempoh jangkitan dan mengurangkan dehidrasi. Kanak-kanak yang tidak dapat minum dan mengalami dehidrasi mungkin perlu dimasukkan cecair melalui intravena.