Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital

Tanya soalan mengenai cirit birit dan jangkitan rotavirus pada kanak-kanak, apakah simptom & risikonya pada anak kecil. Anak alami cirit birit? Adakah ia merbahaya? Tahukah anda ia mungkin disebabkan jangkitan rotavirus? Sekiranya anda mempunyai banyak persoalan mengenai penyakit cirit birit atau rotavirus ini, anda wajib mengikuti Sesi Tanya Pakar kali ini! Cirit birit pada anak kecil boleh jadi situasi yang normal juga berbahaya. Ramai ibu bapa tidak tahu anak kecil sebenarnya berisiko terkena jangkitan rotavirus yang berbahaya ini. Ayuh bertanya terus mengenai simptom, punca jangkitan, risiko jangkitan rotavirus juga segala yang anda ingin tahu mengenai penyakit ini bersama Dr Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital pada 22 Disember 2021, Rabu. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital
24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

assalammualaikum dr. wan khairina apakah simptom permulaan bayi terkena jangkitan itu dengan simpton yang berisiko terkena jangkitan rotavirus ni kepada bayi dan ada tip2 untuk kita sebagai ibubapa bagi mencegah atau mengubati penyakit tersebut terima kasih

Baca lagi
4y ago

Waalaikumussalam puan Bayi juga berisiko mendapat jangkitan Rotavirus. Simptom awal adalah sama seperti kanak-kanak, iaitu muntah, cirit-birit dan demam. Kadar dehidrasi kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke bawah adalah lebih tinggi, oleh itu memerlukan pantauan yang lebih dari ibu bapa. Sekiranya bayi lemah, kurang air mata dan kurang kencing, ini menunjukkan bayi mengalami dehidrasi dan perlu dibawa ke hospital. Tanda-tanda lain ialah mata menjadi cengkung dan ubun-ubun melekuk ke dalam. Sekiranya bayi aktif dan tiada simptom yang dinyatakan, puan perlu meneruskan susu, dan boleh juga meneruskan makan bagi yang telah yang telah memulakan complementary food. Bayi perlu terus dipantau terutamanya sekiranya masih mengalami muntah dan cirit birit.