Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital

Tanya soalan mengenai cirit birit dan jangkitan rotavirus pada kanak-kanak, apakah simptom & risikonya pada anak kecil. Anak alami cirit birit? Adakah ia merbahaya? Tahukah anda ia mungkin disebabkan jangkitan rotavirus? Sekiranya anda mempunyai banyak persoalan mengenai penyakit cirit birit atau rotavirus ini, anda wajib mengikuti Sesi Tanya Pakar kali ini! Cirit birit pada anak kecil boleh jadi situasi yang normal juga berbahaya. Ramai ibu bapa tidak tahu anak kecil sebenarnya berisiko terkena jangkitan rotavirus yang berbahaya ini. Ayuh bertanya terus mengenai simptom, punca jangkitan, risiko jangkitan rotavirus juga segala yang anda ingin tahu mengenai penyakit ini bersama Dr Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital pada 22 Disember 2021, Rabu. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital
24 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Assalam doktor. Nak tanya macam mana ye ibu bapa akan tau kalau bayi cirit birit ke 💩 biasa?

3y ago

Waalaikumussalam Cara yang mudah ialah apabila bayi membuang najis lebih kerap dari biasa, selalunya saya akan katakan 2x lebih kerap dari biasa dan tekstur najis lebih liquid dari biasa. Ukuran yang tepat adalah sukar untuk kanak-kanak kerana sebahagian kanak-kanak membuang najis lebih kerap. Secara ringkasnya apabila dia membuang lebih kerap dan lebih cair dari kebiasaannya. Oleh itu apa yang lebih penting ialah memastikan bayi anda tidak mengalami dehidrasi.

Salam Sejahtera Dr. How do I know if my kid has rotavirus. Does rotavirus go away on its own?

3y ago

Rotavirus can go away by itself if the symptoms are not serious but usually it will take between 3-7 days for the child to recover. The infection will initiate antibody to prevent future infection

salam doktor.. bagaimana struktur najis bayi terkena rotavirus dan simptom bayi rotavirus.?.

3y ago

waalaikumussalam tekstur najis selalunya cair sepenuhanya dan kerap, beserta dengan simptom lain seperti muntah, demam tinggi dan sakit perut. Kerap kali kanak-kanak tidak ada selera makan/minum walaupun selepas muntah berhenti.

VIP Member

Doktor, macam mana nak tahu anak cirit birit sebab susu atau sebab jangkitan Rotavirus?

3y ago

Jangkitan Royavirus selalunya disertai simptom seperti demam tinggi, muntah dan cirit birit yang teruk