PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE

TANDA-TANDA NAK BERSALIN 🌸Keluar tanda atau ‘show’ ———————————— Tanda tu maknanya lendir likat bercampir darah yang kluar dari faraj. Kluar tanda bukan bermakna bayi akan kluar dalam beberapa minit lagi, mcm dalam drama Melayu tu. Kluar tanda ni mungkin amaran awal yg memberitahu pangkal rahim ibu da mula matang dan mula menipis sebagai persediaan awal untuk kelahiran. Bukan nya confirm-confirm akan beranak kalau kluar tanda, ada yg kluar tanda arini minggu depan baru dia bersalin. Jadi tak perlu melompat-lompat untuk segera ke hospital jika turun tanda sikit-sikit. Tapi kalau dah ada tanda bersama sakit contraction maka cepat cepat ke hospital, dikhuatiri suami anda pulak yg jadi bidan nanti 😆 🌸 Sakit contraction —————————— Mengeras-ngeras atau contraction kadangkala biasa berlaku pada hujung-hujung kehamilan. Contraction tanpa rasa sakit ini dinamakan Braxton Hicks. Ini belum lagi nak bersalin Rahim mengeras disertai rasa sakit tu adalah tanda-tanda awal nak bersalin. Semakin kerap sakit kontraksi tu, semakin panjang kontraksi itu semakin dekat dgn masa bayi dilahirkan. Kontraksi penting untuk menjadikan pahal rahim menipis dan membuka pintu rahim untuk proses kelahiran. 🌸 Turun air mentuban/ketuban ——————————- Selaput yang menyelaputi bayi dalam rahim boleh pecah secara tiba-tiba dan ibu mengalami turun air yang banyak, ingatkan kencing tapi rupanya air mentuban. Lazimnya ibu akan memberitahu air suam mengalir dengan laju secara tiba-tiba pada peha nya sehingga membasahkan seluar dalam atau kain. Kalau air turun masa tgh tidur mungkin cadar atau tilam akan basah juga. Air yg kluar sedikit sedikit dan tak mmbasahkan seluar dalam lazimnya bukn air mentuban, mungkin hanyalah lendir biasa sahaja Sakit kontraksi yg semakin kerap menyebabkan selaput bayi ini pecah dah mengeluarkan air mentuban tersebut - juga adalah tanda-tanda nk bersalin. 👶🏻Walaubagaimanapun lain orang lain pengalamanya. Ada yang turun tanda tapi taksa kluar air mentuban. Ada yang sakit sikit-sikit, terbatuk sikit baby pun keluar 😆 Jika anda khuathir atau kurang pasti dgn tanda-tanda yang anda alami segeralah dapatkan pemeriksaan doktor Lain kehamilan lain caranya, lain sakitnya dan berbeza tanda-tanda nak bersalinya.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

terima kasih atas perkongsian