Takut nak tambah anak

Takutnya nak tambah anak. Rasa macam trauma berpantang asyik kena marah je dengan mil semua tak boleh, banyak bebel, berpantang makan apa yg ada je sebab takde sesiapa masakkan, setiap hari ketar tangan sebab lapar yang amat sangat tapi tak larat nak berdiri masak makanan pantang, dan saya takut tak mampu bagi kasih sayang seadilnya. Saya pujuk suami saya nak seorang sahaja anak. Dia asyik petik "orang lain 2-3 orang ok je. You can do it" lepas tu saya gurau "orang lain takpelah tak trauma berpantang, senang beranak, nak apa semua dapat, lepas beranak dapat hadiah. Orang jaga betul2. Saya ni terkulat kulat kat dapur tu sebab saya lapar dan takde makanan untuk saya. Nak masak tak boleh sebab tak larat" Saya nak sambung cucuk perancang dia tak bagi dia kata saya jadi macam orang lain sejak cucuk perancang. Jadi kuat melawan suami dan tolak ajakan dia. Entah. Pregnancy dan postpartum saya didn't go well. Saya nak beranak lagi tapi saya diselubungi rasa takut.

23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Sa beranak anak ke 2 ni.. Sa pantang sdri.. Sbb mama n mil pun jauh.. Plus suami pun kerja.. Plg2 tghri dia plg makan.. Dia plg tu baru dia masak.. Pagi sa sdri2 saja.. Plg ptg masa pantang ni mental n emosi kene jaga..kalau tida huu.. Huru hara.. Emosi pun on off.. Kalau bab makanan,semua bole ja makan..melainkan makanan yg bikin alergik..mnum air bnyk2.. Bab husband tu pula.. Sis kena tegas bgthu pendirian sis.. Sbb sa pun pernah dalam keadaan yg lbh kurang sama.. Nasib la suami pun faham sda.. Tmbh2 lg dengan keadaan ekonomi skrg..

Baca lagi