Takut nak tambah anak

Takutnya nak tambah anak. Rasa macam trauma berpantang asyik kena marah je dengan mil semua tak boleh, banyak bebel, berpantang makan apa yg ada je sebab takde sesiapa masakkan, setiap hari ketar tangan sebab lapar yang amat sangat tapi tak larat nak berdiri masak makanan pantang, dan saya takut tak mampu bagi kasih sayang seadilnya. Saya pujuk suami saya nak seorang sahaja anak. Dia asyik petik "orang lain 2-3 orang ok je. You can do it" lepas tu saya gurau "orang lain takpelah tak trauma berpantang, senang beranak, nak apa semua dapat, lepas beranak dapat hadiah. Orang jaga betul2. Saya ni terkulat kulat kat dapur tu sebab saya lapar dan takde makanan untuk saya. Nak masak tak boleh sebab tak larat" Saya nak sambung cucuk perancang dia tak bagi dia kata saya jadi macam orang lain sejak cucuk perancang. Jadi kuat melawan suami dan tolak ajakan dia. Entah. Pregnancy dan postpartum saya didn't go well. Saya nak beranak lagi tapi saya diselubungi rasa takut.

23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sama sy anak first pun trauma.. Byk benda itu ini xboleh.. Berpeluh2 duk dkt luar bilik beralaskan tilam sekeping.. Dahla susah nak bgun, berpeluh2nya sampai sy kena rashes dkt area vagina mujur xsampai terkena kuman dkt tempat bersalin.. Makanan minuman kena catu, hari2 kena torture minda org zaman dulu gini gitu.. Stress kita.. So 2nd baby sy berpantang dgn suami dkt rumah sendiri.. Org nak dtg melawat silakan, yg penting sy bebas, nak buka aircon ke, nak makan ape ke.. Cuma sy control jgkla makannya, yg sihat2 je.. Kesannya sy berjaya bf anak, berbanding anak first dulu stress nak mati..

Baca lagi