Takut nak tambah anak

Takutnya nak tambah anak. Rasa macam trauma berpantang asyik kena marah je dengan mil semua tak boleh, banyak bebel, berpantang makan apa yg ada je sebab takde sesiapa masakkan, setiap hari ketar tangan sebab lapar yang amat sangat tapi tak larat nak berdiri masak makanan pantang, dan saya takut tak mampu bagi kasih sayang seadilnya. Saya pujuk suami saya nak seorang sahaja anak. Dia asyik petik "orang lain 2-3 orang ok je. You can do it" lepas tu saya gurau "orang lain takpelah tak trauma berpantang, senang beranak, nak apa semua dapat, lepas beranak dapat hadiah. Orang jaga betul2. Saya ni terkulat kulat kat dapur tu sebab saya lapar dan takde makanan untuk saya. Nak masak tak boleh sebab tak larat" Saya nak sambung cucuk perancang dia tak bagi dia kata saya jadi macam orang lain sejak cucuk perancang. Jadi kuat melawan suami dan tolak ajakan dia. Entah. Pregnancy dan postpartum saya didn't go well. Saya nak beranak lagi tapi saya diselubungi rasa takut.

23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Cakap kat husband, kalau you nak I ada 2-3 org anak, provide CL for me for my whole pantang. Kalau you tak mampu sediakan I CL, do not talk to me bout pregnancy. Your husband ia being selfish. So you can be selfish as well. Waktu berpantang ni is a very vulnerable phase of a woman. Tak payah nak berpantang dgn MIL. Pantang sendiri but hire CL.

Baca lagi