Stresssssss

Tak suka lah nak balik rumah mentua. Stressss Ye , nak kata aku menantu toksik kata lah. Sebab dia aku jadi macam ni. Kadang aku nak lupakan sakit hati jadi aku berbual macam biasa. cakap je tentang anak aku, dia akan cakap tentang cucu kesayangan dia jugak. Cakap english lah. Dah aku cakap dengan cucu dia tu, haishh cakap alien rupanya..tang mana english??? Hahahaa. Dahtu cakap depan aku yang dia rasa suami aku cemburu kat anak dan menantu kesayangan dia yang beli rumah besar, beli kereta besar sebab suami aku tu tak pernah jejak kaki kat rumah besar tu (termasuk aku la tu) ..haisshhh apasal pulak nak jejak kaki kat rumah tu yang kosong masih belum complete dengan perabot semua..apasal nak melawat rumah tu pulak..macam tak pernah nampak rumah??padahal kerja goment je bukan jutawan. Loan je pun. ye la mentang2 aku ni tak kerja dan menantu kesayangan dia tu kerja. So dia anggap kita orang ni miskin sebab aku tak kerja. stressss. suami aku pun jenis anak mak. Anggap mak.tu segalanya walaupun dia di anggap cmtu. Untung nya jadi mak. Tapi akhirat nanti menjawab la ye makcik. Baru tau untung ke tak untung. Aku pun tak tahu sejak bila aku pandai membenci orang sampai macam ni. Tapi keadaan yang buat aku jadi macam ni. Dan aku stress terpaksa berhadapan semua ni. Suami aku memang paksa aku balik kampung dia ye. kalau tak perlu jumpa dorang mungkin aku tak stress sangat

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Entahlah, bukan niat saya nak bandingkan hidup saya dgn awak. Tapi saya pernah duduk serumah dgn mil selama lebih setahun. Satu kampung tahu mcm mana lancangnya mulut dia. Masa tu saya tgh sarat mengandung, dari 7 bulan sampai bersalin, berpantang, and jaga anak yg masih keci. semuanya saya hadap sendiri. Suami saya masa tu tak ada, dia dalam penjara selama setahun. Saya hadap semuanya seorang diri, kena maki, dihina, disindir, dibandingkan dengan menantu lain. Saya dikatakan menantu tak guna, tak tahu masak, tak tahu buat kerja rumah. Masa berpantang, saya pernah dikata bodoh sbb tak pandai jaga anak sendiri. Dan bila sekalisekala saya cuba pertahankan diri, bukan dgn cara biadap pun, dia tetap anggap saya kurang ajar. Dia tak boleh beza antara suara mempertahankan diri dengan kurang ajar. Tapi sepanjang duduk dengan dia, saya tetap cuba bersabar, saya anggap dia macam ibu sendiri, sebab saya dah tak ada ibu bapa. Saya tak ada tempat nak mengadu, tak ada tempat nak lari. Satu2nya harapan saya masa tu cuma nak tunggu suami keluar dan mula hidup baru semula sama2. Alhamdulillah, bila suami bebas, dia cuba berubah. Kami start rebuild hidip baru, and sekarang kami duduk berasingan from mil. Tapi luka yang saya dapat dulu tu, trauma tu, masih belum hilang sepenuhnya. Tapi saya belajar untuk berdamai dengan diri sendiri, untuk maafkan diri saya kerana terpaksa lalui semua tu dan maafkan mil yang pernah buat saya terkesan yg sangat dalam sampai sekarang. Jadi kalau awak rasa menyampah dengan mil awak only because dia tegur sikit atau komen ringan, mungkin awak boleh tarik nafas sekejap and tengok balik, adakah itu satu beban atau cuma ujian kecil yg boleh selesai dengan sabar dan komunikasi. Kadang2 kita rasa kita dah cukup susah, tapi orang lain pernah tempuh lebih teruk and masih cuba untuk jadi kuat tanpa menyakiti sesiapa. Janganlah rasa benci atau terasa sangat. Anggap dia tu cuma dah tua, yg tak pandai nak ambil hati orang lain. Atau anggap dia sebagai ibu sendiri kita supaya ayat dia tu tak terasa atau masuk sangat kedalam hati kita.

Baca lagi
5mo ago

Jadi api dgn air pun boleh bakar rumahtangga sendiri…….