Infomation
Tak pernah saya sangka 2 peralatan yang memudahkan kerja saya sehari-hari, rupanya menjadi tindakan yang amat saya sesali. Waktu usia 3 bulan lagi, anak sulung saya diletakkan di dalam rocker. Bila dia mula pandai duduk, saya beralih ke walker. Jarang sekali dia diletakkan di atas lantai. Kami terlalu menjaga. Takut sangat anak terkena kotor di lantai. Takut dia mengutip taik cicak. Takut dia main plug. Takut dia mencapai barang perhiasan kaca. Semua benda nampak bahaya. Tanpa saya jangka dan sedar, tidak menggalakkan dia meniarap di lantai itu lebih bahaya. Bukan tak pernah meniarap. Adalah untuk beberapa ketika. Bila saya ada senggang waktu, saya mengadapnya. Kalau sibuk bekerja, walker dan roker lah tempatnya. Kalau tidak, terpaksa lah lengan sendiri menampung dia. Fasa mengesot dia agak lambat. 8 bulan baru bermula. Pada usia 10 bulan, dalam keadaan merangkak yang belum sempurna, dia sudah mula berjalan. Bagi saya ia pencapaian yang sangat membanggakan! Maunya tidak. Anak lain yang seusianya masih merangkak. Anak saya tak sempat merangkak betul, dah terus berjalan. Fuh! Tapi bangga saya tak lama. Saya rajin ke kelas dan seminar. Dari situ Allah temukan saya dengan ahli-ahli dalam bidang perkembangan kanak-kanak. Kalau tidak, saya takkan tau skip merangkak itu bukanlah petanda yang baik. Kalau tidak, sampai ke sudah saya tak tau penggunaan rocker dan walker secara berlebihan ni satu dosa besar yang tak patut mak ayah buat. . Kenapa tak boleh skip merangkak? Setiap perkembangan anak, adalah indikasi perkembangan otaknya. Skip fasa perkembangan bermakna skip juga pertumbuhan kematangan otak. Belum siap bahagian otak Mammalia, otak Neocortex tak menyempat nak berkembang. Begitulah. Dalam otak Mamalia, ada Amygdala di dalamnya. Dialah yang mengawal kemasukan kortisol bila otak mengalami stress. Senang cerita, otak mamalia ini sangat penting dalam mengawal emosi. Bayangkan bila kilang yang beroperasi mengurus emosi ni tak sempat siap. Maka kita akan lihat anak-anak yang mudah meltdown, low tolerance to stress, mudah mengamuk kepada perkara kecil dan tantrum sperti kanak-kanak 2 tahun walaupun dah berusia 6 tahun. (Kelas saya bersama Occupational Therapist (Pead) Puan Nurul Sheriena Musaa beberapa minggu lepas pun ada berkongsi, kanak-kanak yang mempunyai masalah Moro Refleks juga menyebabkan masalah yang sama. Next time saya share ya) . Jadi, jangan tergopoh-gopoh suruh anak berjalan awal. Biar anak habiskan 7-12 bulan itu untuk merangkak. Tapi kalau anak sendiri memang berjalan awal, janganlah pulak sedih. Berita baiknya, kita sentiasa boleh patah balik untuk topup perkembangan anak yang tercicir. Kalau dia cepat berjalan, perbanyakkan buat aktiviti/ permainan yang memerlukan anak merangkak. Untuk galakkan dia merangkak, kita turut sama ikut serta anak merangkak. Main lumba merangkak, lalu bawah meja, lalu dalam tunnel mainan dan sebagainya. Sebelum anak berjalan, rupanya kita mak ayah kena betul-betul pastikan fasa merangkapnya dah cukup. Dari merangkak macam ulat bulu, ke komando, sampailah anak dah boleh merangkak dengan gerak silang yang betul. Gerak silang tu kaki dan tangan, bergerak secara bersilangan kiri dan kanan. Lepas tangan kiri ke depan, kaki kanan mengikut. Kemudian tangan kanan ke depan, diikuti kaki kiri. Begitu. Ibaratnya, selagi tak gerak silang, jangan bagi lesen besar untuk berjalan. Walaupun begitu, sekiranya anak masih tidak berjalan pada usia 18 bulan, boleh rujuk pakar untuk kenal pasti sama ada anak mengalami masalah kelewatan perkembangan. Rujuk fasa merangkak di sini https://youtu.be/f3xWaOkXCSQ ---------------------------------------------------------------------------------------------------- Kebaikan merangkak yang lain adalah : 1. Ia membantu memperkuatkan otot-otot badannya, terutama bahu, kaki dan perut. 2. Bila merangkak, mata mereka meliar. Ia membantu meransang otot mata. Anak juga akan belajar menggapai objek di persekitran, yang mana ia baik untuk koordinasi tangan-mata serta kebolehan anak mengagak jarak objek serta ruang persekitaran yang diterokai. 3. Bila merangkak, tangan, kaki malah badan mereka menyentuh permukaan. Tak kira permukaan karpet, tanah, rumput atau apa jua tekstur. Tekstur yang pelbagai ini akan meransang deria sentuhannya. 4. Meransang koordinasi otak kanan dan otak kiri. Ini sangat–sangat penting untuk badan anak bekerja secara keseluruhan (bilateral , cross literal dsb). Ia sangat membantu dalam pergerakan asas yang melibatkan kemahiran manipulatif yang lain. Contohnya dalam aktiviti menggunting. Kanan memegang gunting, kiri untuk adjust kertas yang digunting. Malah dalam aktiviti seperti berlari, memanjat dan bersenam juga memerlukan koordinasi kiri dan kanan badan, yang mana kedua-dua otak perlu berintegrasi. . Dalam soal perkembangan anak-anak, kita tak perlu terlalu memaksa untuk anak mencapai tahap yang kita inginkan. Ada kanak-kanak yang cepat dan ada yang lewat sedikit. Walau bagaimanapun, sekiranya kelewatan perkembangan mencapai ke tahap ‘red flag’, dapatkan bantuan pakar dan bantulah anak untuk mendapatkan stimulasi yang cukup. cdt: wawa shauqi