Baby Walker

Hi mommies, anak saya dah 3bulan. Kepala, badan semua dah keras. Tapi dia belum boleh meniarap, tapi dia suka sangat kalau dapat duduk. Soalan saya di sini, kalau kita letak dia dkt baby walker tapi lock roda dia tu, boleh tak ya? Dalam perancangan nak beli, memadangkan dia suka sangat duduk.#pleasehelp #firstmom #seriusnanya #firstbaby #ingintahu

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sma macam baby sy sist, sibuk nk duduk. bila sanggah bantal belakang dgn bantal dye angkat" sndiiri badan kepala dye. semua dah kuat. dh pandai angkat kepala tegak masa 2 bulan tp smpai skrg 3 bulan 12 hari blum pandai meniarap. sy kerap juga buat tumy time tiap lepas mandi pagi dgn petang. masa" senggang tp still x tiarap ๐Ÿ˜‚.

Baca lagi
1y ago

Bukan sis, duduk dalam walker tak sama macam duduk di car seat atau baby chair. Kalau sis perasan duduk di walker peha baby masih tegak macam sama straight dengan punggung.. sy rasa itu yg dimaksudkan menganggu perkembangan otot kaki dia..better beli baby chair yg buat makan tu, letak dia dalam tu and lambak kan mainan atas meja tu mungkin lebih baik utk baby

awal lagi 3m nak buh dalam baby walker .. wlupun mom rasa baby semua dah keras tapi 3m terlalu awal utk letak di walker .. boleh cuba buat tummy time dulu awal2 nie .. utk support badan anak persediaan awal2 sebelum baby pandai meniarap sendiri ๐Ÿฅฐ

tak boleh. kaki baby belum cukup kuat nak letak dalam tu. walker boleh guna kalau baby dah boleh tarik badan dia nak berdiri sendiri. selagi belum boleh, walker akan mengganggu perkembangan otot dia

VIP Member

bdan bby belum kuat lagi. jgn dulu. rasanya ada dlm panduan buku yg kita slalu bawak g kk tu. perkembangan utk bayi. ada setengah parents mmg no walker terus. tp ikut org. tp utk jawap soalan awk, jangan lagi bgi naik.

1y ago

tapi bukan saya nak gunakan untuk dia ajar berjalan. saya cuma nak letak dia di situ dan lock rodanya(supaya tak bergerak). ibarat mcm konsep baby carrier , dia duduk dkt situ.

tak boleh. baby walker x elok utk bdk sbnrnya. blh research ttg keburukan bby walker ya. meniarap & mrangkak adlh proses tumbesaran. blh google cara2 ajar baby meniarap. sy prnah nampak di utube.

Alhamdulillah saya tak ajar anak walker langsung. Boleh jalan 10 bulan, boleh duduk sendiri waktu 5 bulan setengah. Jgn ajar anak walker bahaya sis, risau kita leka mcm2 boleh jadi kat anak๐Ÿ˜ข

1y ago

Boleh jgk kalau cara mcm tu sis, ikut pada keselesaan sis mcm mne๐Ÿฅฐ sbb saya anak dah keras badan pon saya letak dia kat bouncer, dia diam je situ so kita dapatlah buat kerja kan. Tapi ikut pada sis kalau nak beli walker pon boleh๐Ÿ‘๐Ÿป

Awal sgt tu. baby belum pandai lagi meniarap ๐Ÿ˜… kena kerap ajar baby tummy time supaya baby belajar utk meniarap sendiri. Walker tu akan menganggu perkembangan baby.

TapFluencer

terlalu awal. tulang belakang lembut lagi nak bagi duduk.. sabar sikit sis.. 6 bulan lebih baru guna . lagi pun kalau boleh elak guna, elakkan

1y ago

kalau mcmtu, baby carrier yg letak dkt badan kita tu pun baby tak boleh gunakan la ya? sebab dia duduk di carrier. ๐Ÿ˜…

Rasanya awal sgt tu, bby sy selepas 6bulan keatas bru cuba ltk dlm tu, itupun sbb nk suap makan klau tak mmg ltk bwah bgi dia explore

6 bulan bru sesuai pakai walker. dah boleh duduk btul2. postur bdn dah tegak. 3 bulan ni masih tetap nk kne jaga postur bdn dia.