Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)

Tahukah anda apa itu Sakit Puan? Adakah and tergolong dalam golongan Wanita yang mengalami masalah Sakit Puan? Mungkin sebahagian Wanita masih ramai tidak tahu cara penjagaan kesihatan vagina dan tips yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser servik. Jom tanya semua persoalan anda dengan pakai kami iaitu Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Columbia Asia Hospital (Puchong) pada 12 Januari 2022, Rabu. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)
21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi doctor. Saya berumur 32 tahun, sudah berkahwin dan ada 2 orang anak. Saya ada beberapa soalan untuk diajukan kepada doctor. 1. Bagaimana cara nak mencegah keputihan dan kegatalan di bahagian vagina? 2. Bilalah waktu yang sesuai untuk saya melakukan pemeriksaan bahagian vagina dan cara mengelakkan kanser serviks. 3. Apabila sudah bersama suami, bagaimana cara yang betul untuk membersihkan bahagian vagina supaya tidak terkena infection? 4. Bolehkah mencuci bahagian vagina dengan sabun pencuci vagina yang berada di pasaran? Itu sahaja soalan saya. Sekian terima kasih doctor.

Baca lagi
4y ago

Hi Aainaa, keputihan serta kegatalan di sekitar faraj adalah antara simptom penyakit vulvo-vaginitis. Jangkitan ini biasanya disebabkan penularan organisma fungi/kulat (Candida spp) dalam faraj. Tindakbalas badan dengan kuman tersebut menghasilkan lelehan keputihan daripada faraj, beserta gejala lain. Di antara langkah untuk mencegah atau mengurangkan jangkitan ini adalah - Menjaga kesihatan diri seperti kurangkan makanan bergula, amalkan berat badan yang sesuai (BMI <23), tidur dan waktu rehat yang secukupnya. - Mengamalkan kebersihan’ perineal hygience’ yang baik, termasuklah mencuci bahagian sekitar vagina dengan air bersih tanpa shampo atau sabun, mengurangkan penggunaan produk pembersih wanita/ faraj yang mungkin mengubah keasidan /pH vagina, mencuci dengan teknik yang betul (dari depan ke arah belakang dan bukan sebaliknya). - Elakkan amalan ‘douching’, yang boleh menggalakkan jangkitan kuman dalam faraj. Faraj mempunyai mekanisma pembersihannya sendiri (self cleansin