Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)

Tahukah anda apa itu Sakit Puan? Adakah and tergolong dalam golongan Wanita yang mengalami masalah Sakit Puan? Mungkin sebahagian Wanita masih ramai tidak tahu cara penjagaan kesihatan vagina dan tips yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser servik. Jom tanya semua persoalan anda dengan pakai kami iaitu Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Columbia Asia Hospital (Puchong) pada 12 Januari 2022, Rabu. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)
21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doctor, Kalau ikut pengiraan last period saya sekarang dah 6w 6d, tapi scan nampak kantung je tu pun kecik. dokter cakap macam bukann 6w 6d. macam baru 5w macam tu. normal ke dokter?

4y ago

Hi, Perbezaan tempoh kandungan (period of gestation) dengan keputusan pemeriksaan ultrasound berlaku mungkin disebabkan kelambatan ovulasi (delayed ovulation) atau kegagalan kandungan (failed pregnancy). Sekiranya anda tidak mempunyai simptom keguguran seperti pendarahan, kerapkali pemeriksaan ultrasound seterusnya pada tempoh 7-10 hari dapat mengenalpasti samada kandungan sihat atau sebaliknya. Thanks