Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)

Tahukah anda apa itu Sakit Puan? Adakah and tergolong dalam golongan Wanita yang mengalami masalah Sakit Puan? Mungkin sebahagian Wanita masih ramai tidak tahu cara penjagaan kesihatan vagina dan tips yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser servik. Jom tanya semua persoalan anda dengan pakai kami iaitu Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Columbia Asia Hospital (Puchong) pada 12 Januari 2022, Rabu. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)
21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

selamat pagi Dr...Dr Sya nak tanya..Sya berkrja sebagai seorg tentera dan sya lepas bersalin, sekarang dah 4 bulan..persoalan Sya bila tempoh masa yg membolehkan Sya untuk mengikuti latihan seperti berlari, set-up, bersukan dan sebagainya?...

4y ago

Hi Darlink Wawa, kembali aktif secara fizikal selepas bersalin adalah penting dari segi kesihatan. Tiada sebarang syor yang tepat mengenai tempoh masa untuk bersenam serta menjalankan aktiviti lasak. Ia bergantung pada jenis kelahiran (Caesarean atau sebalik), tahap kecergasan individu sebelum hamil serta komplikasi kesihatan. Kebanyakan doktor berpendapat waktu sesuai untik bersenam adalah selepas 6-8 minggu jika bersalin biasa (vaginal delivery) atau 10-12 minggu untuk kelahiran Caesarean. Senaman atau aktiviti fizikal ini harus dimulai dengan intensiti yang paling rendah dan tempo yang sesuai (bergantung pada tahap kecergasan). Anda harus sensitif pada respons badan terhadap aktiviti fizikal, khasnya tanda-tanda kesakitan atau pendarahan. Dapatkan nasihat doktor jika terdapat sebarang keraguan sebelum memulakan aktiviti ini. Thanks