Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)

Tahukah anda apa itu Sakit Puan? Adakah and tergolong dalam golongan Wanita yang mengalami masalah Sakit Puan? Mungkin sebahagian Wanita masih ramai tidak tahu cara penjagaan kesihatan vagina dan tips yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser servik. Jom tanya semua persoalan anda dengan pakai kami iaitu Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Columbia Asia Hospital (Puchong) pada 12 Januari 2022, Rabu. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)
21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doctor.. Sy ingin bertanya.. Sy baru mengandung 5 minggu dari awl sy pening kepala nak bangun pun susah makan pun memang tak ada selera.. Macam mana cara utk sy atasi?

4y ago

Hi Nur Jannah, Gejala kurang selera makan, pening, mual serta perut berangin semasa awal kehamilan (trimester pertama) adalah disebabkan perubahan dan peningkatan hormon mengandung seperti hCG, hPL, progesterone dan estrogen. Perubahan hormon yang luarbiasa berbanding semasa tidak mengandung menyebabkan badan bertindakbalas. Keadaan ini bersifat sementara dan ‘pulih’ selepas 12-16 minggu mengandung. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan penilaian doktor untuk memastikan simptom anda bukan disebabkan penyakit lain. Thanks