Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)

Tahukah anda apa itu Sakit Puan? Adakah and tergolong dalam golongan Wanita yang mengalami masalah Sakit Puan? Mungkin sebahagian Wanita masih ramai tidak tahu cara penjagaan kesihatan vagina dan tips yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser servik. Jom tanya semua persoalan anda dengan pakai kami iaitu Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Columbia Asia Hospital (Puchong) pada 12 Januari 2022, Rabu. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)
21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr Sy baru tahu bahawa saya tidak cukup suntikan vaksinasi semasa kanak-kanak.Adakah saya perlu mengambil suntikan tersebut sekarang?

4y ago

Hi Aimi Najwa, kanak- kanak mudah terdedah pada kuman bahaya kerana sistem ketahanan badan mereka terhad dan belum matang sepenuhnya. Program vaksinasi kanak-kanak diwujudkan dengan tujuan untuk mencegah penyakit berjangkit teruk yang boleh menyebabkan kematian atau kecacatan. Antaranya, penyakit batuk kokol (pertusis), difteria, polio, tuberculosis, radang otak (meningitis) dan berbagai lagi. Seterusnya, terdapat juga vaksinasi untuk peringkat remaja dan dewasa seperti HPV, Hepatitis dan Influenza. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor anda untuk mengenalpasti keperluan untuk vaksinasi anda. Thanks