Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)

Tahukah anda apa itu Sakit Puan? Adakah and tergolong dalam golongan Wanita yang mengalami masalah Sakit Puan? Mungkin sebahagian Wanita masih ramai tidak tahu cara penjagaan kesihatan vagina dan tips yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser servik. Jom tanya semua persoalan anda dengan pakai kami iaitu Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Columbia Asia Hospital (Puchong) pada 12 Januari 2022, Rabu. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)
21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

keputihan tanda bakal dpt kenser Rahim ke?

4y ago

Hi, Antara simptom kanser pangkal rahim adalah pendarahan (faraj) yang tidak menentu dan discaj vagina yang berbau busuk. Kanser ini lebih sering terjadi pada wanita sekitar umur 20-50 tahun. Ini berbeza dengan barah rahim yang lebih pada wanita menopaus yang berumur. Mereka selalunya mengalami pendarahan posmenopaus. Lelehan keputihan daripada faraj lebih berkaitan dengan jangkitan faraj (vulvo-vaginitis). Jangkitan ini biasanya ditangani dengan pesari vagina (vaginal anti-fungal pessary) atau antibiotik.