Baby tidak bercakap

Tadi baru lepas hantar baby kat kk untuk injet vaksin, lepas tu nurse check yg baby sy tak boleh lagi bercakap walaupun umur setahun. Nurse bagi tau, suh dtg lg 3bulan. Kalau tak boleh ckp juga, akan refer doc pakar, sy pula yg risau, fikir mcm mcm. Ada ke sini yg ada pengalaman anak lmbt bercakap? Untuk pengetahuan, anak sy lelaki.

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Umur setahun normal Kalau jumpa pakar pun pakar akan suruh kerap bersembang je dgn anak Yg tak normal kalau 3tahun tak boleh lg bercakap .. Perkembangan setiap anak berbeza2 ada ja yg lmbt becakap Jangan banding2 kan nnti kecik hati anak Sis try la bersembang dgn dia , buat aktiviti dgn dia saya rsa bnyk tips2 dkt internet ni sis boleh google Nk bg tgok henset tu boleh cuma had kan masa dan volume tu buka kuat2 sbb dalam masa yg sama anak kita pun mendengar , bila diorang dpt mendengar dgn jelas inshaAllah lama2 dia akn cuba utk bercakap memang mkn masa tp momies n dadies jgn putus asa k

Baca lagi

normal tp jgn ambil mudah itu saja.. kalau ada bg dia main hp kena elak/kurangkan.. kdg boleh jd sbb dia kekeliruan bahasa.. mcm anak kakak ipar saya anak dia 4 tahun baru boleh bercakap(hantar pakar jgk).. sebelum2 tu dia keliru sbb family ada cakap mengunakan loghat utara .. kejap utara kejap kl..,kerapkan berborak dgn anak dgn guna bahasa yg mudah difahami anak dan buat aktiviti yg merangsang deria motor dia (yg ni boleh tgk google or youtube)

Baca lagi

sama macam anak saudara saya, lelaki jugak. dah dua tahun lebih pun tak boleh bercakap. parents dia jenis tak rajin bercakap & komunikasi dengan dia, banyak bagi handphone tak kira masa & tempat, so language development dia tak berkembang. nurse nasihatkan untuk banyak communicate dengan dia, banyakkan spend masa sama². Now , dah nampak perkembangan baik😊

Baca lagi

Kdg2 budak2 ni mmg xnak bercakap kalau dgn org luar.. Dorg segan.. Dkt rumah anak mcm mne? Boleh bckap x? Kalau xboleh mmg kne risau..sbb setahun biasanya da boleh bcakap wlpon hanya sepatah 2 yg jelas, wlpon masih campur2 bahasa baby, pelat ke xkesah janji dia pandai berkomunikasi..

baru setahun. pada sy normal je. sy ada 2 anak sedara yg tak boleh cakap sampai dh masuk tadika. e eh dh masuk sekolah tak sampai beberapa bulan dh boleh bercakap

Anak sy umur setahun masih x pandai ckp. Tapi nurse x komen apa2 pun

VIP Member

ada bagi baby tengok hp ke?