Syukur, setahun sudah kelahiran anak kesayangan kami.
Pelbagai perasaan saya, gembira, terharu, teruja kerana dapat mengharungi cabaran mengasuh anak sejak dia dilahirkan ke dunia. Segala pujian hanya bagi Allah dlm mengasuh anak ni.
3 bulan pertama paling mudah walaupun 24 jam sahaja rasa susah dlm mengatasi bengkak susu.
Bermula bulan ke 4, sangat mencabar bila perkembangan penglihatan dan pendengaran anak berkembang yg membuatnya kerap terjaga, sudah mengenali orang, tidak mahu yg lain selain ibu, susu ibu, direct feeding dan ibu buat keputusan berhenti kerja kerana tidak tenang bila 2 atau 3 jam kena ke pengasuh untuk susukan anak. Alhamdulillah ibu rasa tenang bila menjaganya sendiri dan susukannya.
Ingatkan 6 bulan bila dah mula makan, boleh lah dia nak minum EBM melalui cawan, straw bagai... Dia tidak mahu! 😅 Ibu reda teruskan direct feeding dan breast pump dah tak gunakan lagi. Hanya marmet jika perlu.
Bila dah pandai duduk sendiri, anak tak mahu duduk dalam car seat dan stroller! Meronta hingga menggigil tangan dia menangis dalam car seat. Ibu trauma. Ok ibu tak paksa anak duduk dlm car seat. Sejak tu ibu tak drive. Ibu dan anak beriadah pun di kawasan perumahan. Guna stroller bila anak tidur dlm perjalanan dan kami nak teruskan aktiviti (riadah/ makan di restoren) dengan meletakkannya dlm stroller walaupun kaki dia dah terjulur dlm keadaan baring dlm stroller. 😁
Anak dah pandai meniti, merangkak dan merayau, kurang dah ibu nak dukung dia. Dah tak sakit tangan ibu. Syukur.
Seperation anxiety anak masih ada, ibu solat, ibu ke bilik air, ibu nak bangun, ibu sebut jom, ibu sebut kencing, ibu sebut wudhuk, ibu sebut solat, dia dah faham ibu nak jauh daripada dia, cepat-cepat dia paut pada ibu. Tak pe. Ibu faham, anak rasa selamat dgn ibu. Itu sebab awak nak berdamping dgn ibu.
Syukur anak dah mula suka dengan ayah sedikit demi sedikit, senang ibu buat aktiviti sendiri tanpa dengar dia merengek nak ibu.
SubhanaLlah, kurniakan bantulah aku dalam mengingati-Mu dan mensyukuri dan perbaikilah amalanku; terutamanya solat tepati waktu.
Ya, menepati solat fardhu 5 waktu itu cabaran bagiku dlm tempoh mengasuh anak. Mudahan memasuki tahun ke2 ini, aku perbaikinya dgn izin dan kebaikan Allah. 🤲🤲🤲#firstbaby #firstmom
Nuur I M H