16 Balas
Takde masalah sis deliver di hospital swasta jika berkemampuan dan ada kelebihan medical card. Service lebih tip top sebab private hospital. Kalau hospital kerajaan bagus juga, cuma swasta lebih selesa. Tapi saya rasa kalau swasta kena book dulu tarikh bersalin. Ni berdasarkan experience kakak saya untuk anak pertama dia. Dia book hospital Pantai dan dah bayar deposit semua. Tiba2 dia deliver on 37 weeks dekat kampung husband dia (hospital kerajaan). Jadi booking bersalin hospital pantai tu burn. Itu dia cerita dekat saya. Kalau saya, personally setakat anak pertama ni takde experience lagi bersalin hospital swasta. Memang bercadang nak bersalin di hospital kerajaan dan kebetulan bersalin on 37 weeks juga. Jadi saya tak pasti procedures bersalin di hospital swasta guna medical card. Mungkin Ibu2 TAP lain boleh share experience Saya setuju dengan previous comment. Kalau dah confirm nak bersalin hospital swasta, survey harga bersalin berapa. Sebab setiap hospital tu berbeza charging dia. Minta juga suami confirmkn medical card tu cover rm berapa. Takut2 ada limit. Kalau ada limit, in case harga lebih, kena tambah dengan duit sendiri. Contoh harga bersalin hospital private 1) Sunway Medical Centre -normal / vaginal: RM3500 - rm4500 - cesarean (C section) : rm6500 - rm9000 2) Subang Jaya Medical Centre - Normal / Vaginal : rm7000 (deposit) - Cesarean (C section) : rm12000 As per Google, this is only an estimation. Higher or lower depending on the actual diagnosis and course of treatment. 3) Hospital Pantai - Normal /Vaginal : rm5040 - rm7200 (deposit rm6000) - Cesarean ( C section) : rm11, 520 - rm14, 400 (deposit rm14, 000) Apa2 pun survey2 dulu sis untuk sesuaikan dengan limit medical card husband. Semoga dipermudahkan urusan bersalin ye. Aamiin
Untunglah kan kalau dpt kelebihan mcm tu , kmi ni teringin nk p swasta tp bila fikir balik rsa hrga dia tu boleh buat utk simpan .. Kalau sis dh dpt kelebihan mcm tu sis ambil jala swasta sbb layanan pa smua baik + bilik private ada tv dan husb pun boleh masuk kan Memang kalau ada risiko selalu pihak swasta akan tolak ke kerajaan , sbb tu sis kena buat check up awal sebelum bersalin , dalam 6/7 bulan preg , sbb pihak swasta nk pantau tgok keadaan kita mcm mna , kalau ok kira boleh bersalin kt swasta la Cuma yg tk ok tu mcm ada masalah apa2 yg pihak swasta takut nk ambil risiko , selalu hospitak kerajaan ni ada doktor yg berpengalaman dan ada yg pakar Biar jela org nk ckp , diorang jeles lertu 😅
Pendapat saya.. Sekiranya due date awak bulan 11/20-4/21 Better awak amik kelebihan deliver di swasta. Bukan apa.. based on pengalaman saya sep lepas.. Saya deliver di Hosp Gov kl.. Memey ramai.. Emergency ramai, labour ramai, ward pun ramai.. Alhamdulillah dipermudahkan tapi memey kelam kabut doc dan nurse. Setiap min patient masuk xberhenti dek keranakan ramai dari luar negeri ke hkl.. Kalau fikirkn suami boleh teman dilabour room, waktu bersalin nanti suami kemana awk kemana.. Jangan amik peduli org dlm ni.. Some of them dengki je lebih.. Pilih hospital yang boleh dipercayai contoh andora ke?
sekiranya panel hosp swasta puan tuu ada pakr O+G(pakar sakit puan)rasanya tiada apa masalah pon..checkup tiap bulan swasta dgn gov sama jer tiap bulan..tetap kena mnum air gula jugak..tetap kena pantau gak baby smpai lahir..cumanya stgh owanx ckp mcm na menunjuklah checkup bersalin at swasta..ituu jerrr...kita mampu ada duit na yg trbaik utk anak..tak salah pon pg swasta..
Ikut kemampuan masing masing sis. bersalin kat government ataupun swasta sakit bersalin still sama x Ada banyak beza mungkin kat swasta rasa selesa lagi then even swasta pun kalau ada complication utk ibu ataupun baby akan refer ke hospital government juga.. semoga urusan sis dipermudahkan..
Sy pun panel PM Care juga. Tpi cover hingga rm2.5k saja.. Mana ckup tu sis kalau nk bersalin swasta.. Silap2 kna tambah duit sndri.. Baguslah klu panel suami sis tu boleh cover lebih.. Mmg swasta la peginye.. Rugi tak guna..
pegi je la swasta. awak ada cover jugk . ramai orang nak merasa swasta sbnrnya tpi tak mmpu so pergi la kerajaan . if selama chek up tiada apa2 masalah ok jer brsalin swasta . doa baik2 jgn fkir negatif ☺
Tak yah dgr cakap org... klu panel dh boleh cover gi je lah swasta.. Biasa org2 ckp tu sbb takut2 tiba2 kene cerzer lah jalan tak bukak lah... mcm tu lah.. ini pendapat sy.
nk dengar ckp org buat apa sis pilihan kt tangan kita.gov ke swasta ke ada baik n buruk dia..jgn stress2 semoga dpemudahkn segala urusan sis.
g je swasta sis. lg2 time covid ni g hospital kerajaan husb tkleh teman.. huhu., sy pun cadang nk g swasta walaupun ni baru anak 1st..
Sharifah